19 March 2009

cerita PANGKOR ::: part 2

salam..

ini pula cerita Pangkor part 2..

kalau nak ikutkan, saya memang tak cukup masa nak update semua sekali..
tapi, di sebabkan tak mahu entri jadi kulat dalam kotak draft, saya cuba sedaya upaya untuk 'publish'kan.. =)

hari kedua di Pangkor amat memenatkan saya dan seluruh ahli keluarga BCA 5..
on that day, bermula dari pagi sehinggalah ke petang, aktiviti kami padat dan pergerakan sangat terbatas di sebabkan kajian yang dilakukan menuntut kami untuk terus setia berada di Kampung Sungai Pinang Besar..
sebuah kampung yang penuh dengan penduduk..
(rasa saya, Pulau Pangkor ni sarat dengan penduduk sahaja, berbilang kaum pulak tu)

kami bertolak dari Pangkor Inn Chalet pada pukul 8.15 pagi dan tiba di kampung jam 8.40 pagi.. tak lama perjalanan yang diambil..
sebelum sampai ke kampung, kami dibawa oleh pakcik-pakcik van merah melalui (denai-denai dan gaung-gaung) yang memang menyeramkan dengan jalan yang bersimpang-siur.. laluan dalam hutan(macam jungle tracking pulak)..
sampaikan nyamuk pun gigit saya~! huhu..

sampai sahaja di kampung, kami terus dibahagikan kepada kumpulan yang telah di tetapkan (walaupun saya dan rakan adalah grup organizer, namun kami juga ada tugasan yang sama yang harus kami selesaikan).. saya dan Fatin Farah bergerak dalam satu kumpulan dan kami habiskan masa membuat kajian bersama selama kurang lebih 4 jam.. memang penat dan sangat dahsyat..
habis semua longkang kami langkah dan habis semua parit kami lompat~! hihi =)
but, it was really nice... kenangan tu.. :)

rumah pertama yang saya serang dengan Fatin Farah ialah rumah seorang surirumah seterusnya rumah-rumah termasuk rumah Tok Sidang, rumah orang India and so on..
habis semua soalan dalam Questionnaire paper tu saya tanya.. sampaikan naik serak suara saya.. pedih anak tekak saya.. nak bercakap dengan si Fatin pun saya teragak-agak.. simpan sikit suara untuk bercakap dalam dewan nanti.. nanti kang tak ada suara pulak saya nih.. =)

selama 4 jam lebih tu, macam-macam jawapan daripada respondens.. suka juga kalau jarang-jarang jadi pengkaji yang tak bertauliah sebegini.. macam-macam ulasan dan juga berbagai rintihan daripada penduduk kampung yang terpaksa kami dengar.. kalau ikutkan hati, mahu menitis airmata saya.. tapi saya tahan.. sedih betul kalau lihat kehidupan para nelayan.. jangan ingat nelayan tak ada perasaan tau.. mereka juga macam kita, hendak hidup senang tapi takdir berbicara lain.. dari apa yang saya dengar, mereka hanya berharap kepada keajaiban.. (kalaulah ada ahli politik yang turun padang kan? alangkah bahagianya mereka walau hanya sementara..)
sesudah kajian berlangsung, kami dikumpulkan di dewan dan makan tengahari bersama..
kami dijamu dengan laksa mee yang disediakan oleh penduduk kampung..
selesai sahaja makan-makan, saya dan Fatin Farah teruskan usaha untuk memenuhkan kolum kiraan kalori yang terpaksa saya isi untuk biro data analisis nanti (saya dengar-dengar repot sudah hampir siap..) tahniah untuk biro data analisis.. =p

seusai hal di kampung, kami bergerak dalam kumpulan menuju ke Tokong Cina, Kota Belanda, Kilang Sate dan macam-macam lagi lah.. yelah~!
takkan datang jauh-jauh tak nak enjoy kan?
di sana, situ dan sini, saya dan rakan memang tak lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.. bila lagi kan?? ;)

tamat sahaja bergembira, kami bertolak pulang ke chalet.. masing-masing hanya ingat katil aje kan?
sampai sahaja saya ke chalet, terus mandi dan bergerak ke kedai-kedai baju kat depan jalan dengan Liyana dan Fatin Farah.. mata ni macam tak nak pejam, padahal penat yang amat..
saya dengan selamba memborong itu dan ini sambil menghabiskan duit dalam dompet..
memang syok ahh~~! hihi ;p

malamnya, masing-masing buat hal sendiri.. ada yang karaoke then macam-macam lagilah..
saya dengan mimi dan ikmal ke gerai depan sana.. just duduk-duduk minum air.. :)
saya di kejutkan dengan ular kayu daripada ikmal.. hah~!! menjerit saya..
makcik owner kedai tu pun ikut menjerit.. (amboi.. melatah ye makcik?) huhu :p
semua orang dalam kedai berpusing ke arah saya.. haaa... siapa suruh menjerit..
nasib baik tak kena sampuk..
kalaulah saya kena sampuk, ikmal ibrahim lah yang kena bertanggungjawab.. huhu :)

penatlah bercerita.. saya nak pergi beradu dah.. buhbye!~
mengantuk.. =p

pose depan dewan~~ :)

budak-budak group 11

dengan Tok Sidang
(suka dapat hamper ye Tok?)
huhu.. :p

yana :: zat :: fatin :: chemps

halem :: zat :: fatin

me with liyana.. zoom by alem.. :)

credits to Liyana.. really nice with tired face.. huhu :)

hadapan Tokong Cina

with Fauzan.. nice edge.. :)

proses menghabiskan duit-duit..

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...