16 March 2009

jom-jom makan!

salam..

baru sekejap tadi saya terima panggilan daripada seorang jejaka yang saya kenali dalam Restu Barakah.. kalau tak silap saya, semenjak pulang dari Pangkor tempoh hari, dia tak putus-putus menghubungi saya hatta tengah malam sekalipun.. bukan saya kisah.. sekadar ingin berkongsi sedikit rahsia hati.. (sikit aje okay~!) hihi :p
.............................................................................

sedang saya memungut baju-baju untuk dimasukkan ke dalam beg untuk tujuan hari esok, saya di kejutkan dengan satu panggilan dari IHZA.. jam waktu itu menunjukkan pukul 12.30 tengahmalam.. saya jawab.. berboraklah saya dengan dia kurang lebih 4 minit..
dalam rancak perbualan itu, dia bertanya apa yang akan saya lakukan selepas habis bercakap dengan dia on the phone.. then saya tak banyak fikir terus cakap yang saya nak makan nasi.. sebenarnya saya sangat lapar tapi saya tak ada selera nak makan.. (tak tahu kenapa sejak kebelakangan ini saya jarang dapat habiskan nasi dalam pinggan..)
tak baikkan?? erm...
..............................................................................

selang 10 minit bercakap dengan IHZA, saya ke dapur..
ambil pinggan kaca warna merah, buka tudung periuk dan saya senduk hanya 1 senduk nasi sejuk.. (sikit kan untuk orang kurus macam saya nih?) huhu~~

lauk tadi hanyalah ikan patin masak tempoyak sejuk, budu dan nasi lah~!
itu sahaja menu saya.. saya jamah kombinasi tadi dan saya menangis.......
setiap suapan nasi yang saya jamah, berderaian airmata saya jatuh..
rupanya saya menangis laju.. memang saya menangis dan bukannya saya buat-buat..
dalam fikiran saya, inilah SESUATU yang saya cari selama saya berada di Shah Alam..
saya rindukan masakan mama~!!!!
saya rindukan semua yang berkaitan dengan mama saya..
saya rindukan MAMA!!
setiap suapan itu membuatkan saya terasa seperti tak mahu pulang ke Shah Alam lagi..
(tapi itu hanya mainan hati saya..)
mana mungkin saya hampakan mama..
.......................................................................................

dan saya menyesal kerana menolak ajakan mama untuk makan malam bersama-sama tadi..
(saya sibuk dalam bilik, sampaikan saya lupa akan mama dan abah yang sedang menanti saya di meja makan..)
mama, ampunkan saya..

dan esok, semoga kita bergembira seadanya..
walaupun saya pulang tergesa-gesa dan menangis kepenatan, namun di hati saya gembira!
gembira menatap semua wajah kesayangan dan kebanggaan saya...

:)

selamat malam semua!

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...