27 March 2009

salam..

sepatutnya pagi ini saya harus ke Fakulti Hotel dan Pelancongan Uitm Shah Alam, ada forum dengan Chef Wan. sepatutnya lah.. TAPI....
bangun pagi tadi mata macam nak terus tertutup rapat-rapat.
macam tak nak terbukak. haih~!
sebabnya, saya tidur dalam pukul 4.30 pagi tadi.
duk menggatal dengan lappy dan internet men'browse' DSLR..
haa.. inilah kegilaan saya dua tiga menjak ni.

kalaulah mama tahu akan niat saya tentang DSLR ni, mampus saya.
mesti saya kena bantai dengan hanger.. hadoi!
tapi kan, kalau hati sudah berkenan, nak tidur malam pun asyik angau tentang DSLR tu, macam mana?
bagaimana lagi harus ku lalui hidup ini? chewwah~!
haaa... mama, help your daughter please..
saya sudah kemaruk ingin memiliki DSLR..
by hook or by crook, saya MAHUUUU~~!

pagi tadi saya dikejutkan oleh Chemps.
dia ketuk bilik tidur saya, katanya "zat, bangun cepat. cepat-cepat bangun"..
saya terjaga, tapi mata macam kena gam dengan gam gajah..
mak aii, berat sungguh nak bangun!
kuat betul penangan encik syaitan ni..

saya bangun, terus ambil kertas senarai nama dalam beg (pasal nak buat intersesi) dan terus bagi kat Chemps..
then, saya cakap apa entah.. chemps gelak.. erm..
mengigau agaknya mek zat nih..
"kak efa, orang tak nak pergi forum, sebab mengantuk.. boleh ke?"
itulah soalan yang terpacul dari mulut saya ni..
then chemps balas, "ikut awaklah zat"...
yeyey~~!! boleh sambung tidur balik.. (dalam hati ajelah)
kalau depan-depan takutlah.. huhu..
haa, sape suruh tido lambat?
itulah, duk menggila survey DSLR dalam internet..
hehe :p

semalam masa nak tidur, saya off handphone.
kasihan saya tengok si Sony Ericsson cyber-shot saya tu asyik on aje..
semalam jugak, saya biarkan dia tidur dengan saya.
lena dia tidur sampai pagi dengan tuannya sekali.. haha~!

saya terjaga jam 11.50 pagi tadi, itupun setelah dikejutkan oleh call dan mesej daripada Chemps.. lebih kurang macam ni lah mesej dia....
.........................................................................

mesej 1 ::
zat, awak ingat tak, ada talk dengan Canon yang Encik Ali suruh datang hari ni. wajib.

mesej 2 ::
kena jugak. baru nak start dengan Encik Ali.

mesej 3 ::
yang betul tu talk dengan Tesco. ingat tak yang Ikmal cakap dalam kelas kitchen?

mesej 4 ::
tak tahu la. baru start ni. kak tak dengar pulak orang kata betul. yang betul under kakak yang UPENA tu (kak Azatul Husni). okay kot. awak dengan yana aje yang tak datang. tadi pun ambil nama jugak.

mesej 5 ::
tak pe lah. awak jawab je lah dengan Encik Ali. bukan tak biasa monteng. hehe.

mesej 6 ::
baru je start. pukul 12.

mesej 7 ::
rugi tak datang. camera awak ada ni. hehe. specification dia.

mesej 8 ::
zat, awak kena beli model 450. Canon bagi fullset termasuk CD for editing. macam adobe. CD free with every purchase system. diorang akan bagi kat master kamera kita. bukan beli saja tapi tak tahu nak guna. dapat raw picture editor, boleh bubuh color sendiri.
..............................................................................

haa.. gila kan? sudah mereng otak saya..
asyik terkenangkan pasal DSLR ni je dua tiga minggu ni.
nak makan pun teringat pasal menda alah ni, tapi lalu aje saya makan.
cuma berat badan aje yang tak nak naik.. huhu (:

erm.. sekarang tengah fikir, tak tahu nak pilih yang mana satu..
whether Canon EOS 450D or Nikon D60..
walhal, harga sama aje.. haa, mana molek?

dari yang Chemps cakap tadi dan dari hasil survey saya, Canon bagus..
Nikon ni manja sikit.. itu saya tak tahulah betul ke tidak..

haa, dengar cerita mek Liyana pun dah berubah angin..
dari Nikon jom lah kita ke Canon..
bersemangat dengar Chemps bercerita tadi..
Canon kot yang menjadi pilihan saya..
tapi, saya dalam proses survey lagi..
tak nak lah terburu-buru, kang tak pasal-pasal saya rugi..

Canon Talk tadi adalah anjuran FPHP UiTM Shah Alam ni. rugi jugak saya tadi..
sekarang Canon ada buat promotion untuk student, dapat lah harga runtuh..
tapi, hanya lecturer sahaja yang berhak menjadi orang tengah..
means, kalau saya nak beli Canon EOS 450D tu, saya kena lah berurusan dengan Encik Ali tuh.. :)

anyway, hope my dreams come true.. insyaAllah..
my Mr Engineer nak support.. tq dear.. :)
hadiah sempena kerja baru yerp?

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...