07 April 2009

cik lin's UP.. (:

salam.

ketika sedang kusyuk mengacau kuah 'green curry chicken' dalam kelas pagi tadi, saya terima satu panggilan daripada teman sekolah rendah dulu, cik marlina ainie. untuk pengetahuan semua, teman saya ini merupakan classmate saya sewaktu saya berada di tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Mas. lama sungguh dia tak hubungi saya, saya juga begitu. kami sama-sama menunggu dan menanti siapa yang dulu antara kami yang concern.. hihi.. (makanya, saya lah yang tak concern ye?) bukan begitu teman.. waktu yang cemburu sebenarnya.. :p

berbalik kepada cerita teman saya tadi, katanya dia juga tunangan orang. dan dia amat terkejut pabila mendengar 'sesuatu' yang istimewa daripada saya. iya.. saya sudah tidak bersama dengan Hairul Nizam lagi. itu pasti ye.. namun antara kami masih baik dan tidak pernah ada persengketaan. cuma, hubungan 'baru' yang memisahkan saya dengan dia.. :)

sedang asyik ber'pot-pet' dengan cik marlina ainie(dengan tangan kanan memegang senduk mengacau kuah takut kalau-kalau santan pecah), saya di kejutkan dengan kehadiran pensyarah saya dari belakang. hoo masa tu memang kecut perut saya then terus saya tekan CALL END. bukan takut apa, just takut kena CUBIT oleh Encik Ali. iyelah.. Encik Ali selalu cubit saya tao~! sakit maa...tapi Encik Ali baik hati sebenarnya.. tapi yang pasti, kasihan cik marlina, haruslah dia cakap sorang-sorang kan? hii.. sorry dear lin.. :)

selang beberapa minit, cik marlina mesej dan dia cakap dia nak tengok rupa bekas kekasih hati saya tu. untuk tidak menghampakan cik marlina, haaa ini dia Encik Noor Hairulnizam.. saya pun tak tahu mana lagi saya simpan gambar-gambar dia, cuma ini yang saya jumpa..

buat cik marlina ainie, tataplah puas-puas yup dear! jangan lama-lama, nanti kena marah..

:: gambar ni gambar 5 tahun yang lepas, saya baru balik dari Kem Dusun Resort,
Kuala Nerang, Kedah ( Program Khidmat Negara) ::

:: gambar ni sewaktu saya praktikal di Kuala Lumpur 3 tahun lalu, di Wangsa Maju ::

:: ini tahun 2008, means tahun lepas sehari selepas saya bergraduasi. kiranya gambar yang terbaru before kami putus. last saya jumpa Hairulnizam dalam bulan hari lahir saya.. malam dan waktu tu saya hantar dia ke bus station sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. rasanya sebelum hari lahir saya yang ke 22 tahun, kalau tak silap saya, on May macam tu lah.. ::
................................................................................

:: ini sahaja yang ada. sorry lin. kalau nak tengok lagi gambar, sila berjumpa dengan tuannya hokei.. hehehe~~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...