salam.
penatnya hari ni kan? macam-macam benda yang berlaku.. aduhai..
kadang-kadang sampai naik pusing kepala kalau di fikirkan..
hidup di dunia semakin hari semakin rasa tersepit..
kenapalah tak semua orang baik kan?
kalau semua orang baik, alangkah bagusnya hidup ni. harmoni saja.
tak adalah perang saudara mahupun persengketaan seperti peristiwa 13 Mei tahun 69 tu..
aik.. apasal tiba-tiba ada kaitan dengan dengan negara pulak nih? huhu..
kalau nak ikutkan integrasi kaum, memang dah gagal dasar kerajaan ni. urm... entahlah.. masing-masing selalu nak ikut kepala sendiri.
mereka fikir hanya mereka yang boleh menguasai dunia juga keadaan..
kenapa mereka ni kosong sangat?
cubalah sekali-sekala mencemar duli, turun padang, sesekali bergaul dengan golongan bawahan.. tak adalah kita ni jadi macam orang bongkak, tak pun, syok sendiri. kan?
kalau hidup hanya nak fikirkan tentang diri-sendiri, tak kemana pun kamu..
tak melebar otak kecik kamu tuh!
bukanlah saya nak mengata kat siapa-siapa, mahupun sesiapa yang terasa.
saya cuba untuk berlaku adil dengan semua orang. ini pun salah ke?
ada lagi ke manusia yang nak pertikaikan?
salah ke kalau sesekali saya berbuat kebaikan yang tak seberapa ni?
saya sekadar memuaskan banyak hati. yelah.. saya tahu, saya pun macam kamu jugak.
kalau saya cerdik, kamu juga tak bodoh. iyakan?
kita semua tak sempurna waimah kita ni sempurna fizikal dan tubuh badan.
adakalanya kita terpesong jauh, akibat terlalu mengagungkan kebendaan, akibat terlalu banyak gaul dengan golongan atasan.
saya tahu, saya bukannya baik. peribadi saya bukanlah setanding dan semulia wanita zaman Rasulullah dulu. saya hanyalah manusia biasa, manusia yang akan mati sama juga macam kamu nanti. cuma, apa yang saya dambakan, bukalah mata kamu lebar-lebar seluas yang kamu mampu. perhatikanlah juga orang-orang yang dalam kesusahan yang amat memerlukan pertolongan kecik kamu yang juga tak seberapa tuh...
bak kata pensyarah saya, OTAK juga harus di JUSTIFY, jangan hanya assignment..
jangan hanya menganggap kamu tu sebagai ENGGANG yang sentiasa megah di awangan.. fikirkan juga tentang GAGAK yang bakal mati kelaparan..
walaupun ia di anggap KOTOR oleh ENGGANG seperti kamu, namun ia juga punyai hati dan perasaan.. bukan seperti kamu yang beku hatinya.. salam..
(sekian, tazkirah saya kali ini..) hii :p
:: hanya nak bagi KESEDARAN kepada yang BERAKAL sahaja... :)
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
Salam. Hehe. Saja nak tayang gambar IBU mengandung . Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee.. Masa ni pose melekat kat dindin...
-
salam. hoh~! siapa pengantin yang sebenar nih? uhuhu~ sibuk aje gegirl nih. asyik muka dia aje atas mini pelamin tu.. =) sayang you dear...