salam.
banyak hal yang berlaku sejak akhir-akhir ini membantutkan pencarian MINI PELAMIN saya. ingat senang ke nak decide yang mana okay dan yang mana yang tak elok? pening kepala saya tau!! sudah la exam banyak lagi yang nak kena tempuh ni. habis aje my last paper on 10th May ni, satu lagi exam yang harus dihadiri. dua-tiga menjak ni, saya menyibukkan diri mencari kalau-kalau ada sang fotografer yang bakal merakam hari bersejarah itu, tapi tiada yang available. tahu-tahu lah bulan Mei bulan cuti sekolah, merangkap bulan hubungan SANG TERUNA dan DARA dimeterai. tak ke naya kesana-kemari mencari dan mencari? silap hari bulan, MENARI-NARI saya nanti~!
tengahari tadi lepas paper Community Nutrition, saya ke Seksyen 13, ambil slip menduduki PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENERBIT RANCANGAN B27 di Poslaju. tuan empunya diri tak ada kat rumah katanya. selalu macam tu~! nombor telefon kan ada? call saja lah. ingat dekat ke Seksyen 13 tu? aih.. (eh~ tak marah ni..) hihi.. :)
sampai sahaja di rumah, terus saya tertidur. penat sekarang ni. global warming memang menuntut saya untuk TIDUR dan TIDUR. tapi, best ape? dalam tidur-tidur tadi, saya dapat satu mimpi. MIMPI baik punya.. mimpi tentang baju tunang~! hahaha.. memang tak ada di buat orang. saya ke kot yang bernasib baik. memang design baju tu cantik sangat. agak-agak baju tu ke yang jadi baju saya nanti? huhu... kita sama-sama lihat ye.. dapat ILHAM dari mimpi lagik~ ahaha.. :)
di bawah ini antara mini pelamin yang saya agak jealous dengan ke'cute'annya. mama, yang atas tu okay lah~ haha.. mama suruh saya duduk atas BANTAL aje nanti.. :(
tamau-tamau.. huhu.. yang bawah pun okay jugak kan? kita tengoklah nanti. tak ada masa nak fikir hal ni lagi. sebelum apa-apa, sebelum ke Pahang FM nanti, saya kena praktis SUARA dulu. bagi cun-cun dulu. alaaa.. suara saya bukan sedap pun kalau nak dinilai oleh panel peperiksaan nanti. anyway, i'm having FAITH~ semoga lancar semuanya.. doakan saya ye kawan. saya datang bersama harapan, pulang insyaAllah membawa KEJAYAAN.. siapa tahu?
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
Salam. Hehe. Saja nak tayang gambar IBU mengandung . Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee.. Masa ni pose melekat kat dindin...
-
salam. hoh~! siapa pengantin yang sebenar nih? uhuhu~ sibuk aje gegirl nih. asyik muka dia aje atas mini pelamin tu.. =) sayang you dear...