17 August 2009

sebuah kisah dari Negeri~

Salam.

Sekadar berkongsi gambar ketika dan semasa saya di Negeri Sembilan tempohari. Enjoy juga kalau jarang-jarang dapat keluar berjalan ke negeri orang ni. Bukan apa, dapat jugak tengok keadaan negeri orang dan perangai orang dalam negeri tu. Lupa seketika akan hal pandemik H1N1 yang sedang menular serius di negara kita ini. Hurm, itulah penangan BERLIBUR mungkin. Terus lupakan apa jua yang terjadi. Hehe.

Saya dan rakan seramai 9 orang bertolak ke Negeri Sembilan lebih kurang 9 pagi. Tempat pertama yang kami singgah ialah di daerah Kuala Pilah, kami ke air terjun Ulu Bendul, bermain air sungai seketika sebelum bertolak menuju ke bandar Kuala Pilah untuk merasa keenakan Cendol dan ABC Special, kata orang-orang Kuala Pilah, itu sahaja yang ''TOP in TOWN'', kalau tak silap saya, kedai itu berhadapan dengan stesen bas dalam bandar Kuala Pilah. Erm, sedaplah jugak sampaikan kawan saya siap order lagi satu mangkuk cendol!

Sesudah makan-makan ringan di situ kami bertolak ke Istana Seri Menanti. Mak aii, berbukit-bukit betul jalan sana. Naik berdengung telinga saya. Haha. Di sana, kami di bawa melawat istana lama yang sudah berpuluh tahun ditinggalkan. Kata orang, istana itu penuh dengan "lagenda" dan "kenangan" yang rata-ratanya tak dapat dilupakan kalau sudah "terkena". Iya ke? Hehe. Tak tahulah lah pula saya. Tapi biasalah, kalau sudah namanya ISTANA LAMA kan? Macam-macam lah kejadian kan? Ye tak? Erm.

Selesai program "bergambar" di Istana Seri Menanti, terus kami menuju ke Port Dickson, mahu ke apartment Corus Paradise Resort di mana tempat kami bakal menginap. Tak lama perjalanan yang di ambil, sebabnya masing-masing memecut 130 km/jam di atas jalan. Jalan lengang, so apalagi kan? Cuma, saya banyakkan baca ayat-ayat suci al-Quran, takut-takut hilang pertimbangan dan semoga semuanya dilindungi olehNya.

Alhamdulillah kami sampai di Port Dickson lebih kurang 6.30 petang dan saya serta Chempaka tergesa-gesa dek kerana kami belum jamak solat lagi. Huu. Itulah, siapa suruh tak solat awal-awal tadi kan? Tiba di Port Dickson, saya lihat keadaan sekeliling begitu sibuk dengan pasar malam yang ada di situ, dengan kereta yang banyak di tepi jalan, membuatkan saya rimas dan berjaga-jaga. Risau juga sebab jalan di situ agak sempit dan kereta keluar simpang dengan sesuka hati. uh~ geram juga sambil mata duk melilau mencari manalah Corus Paradise ni.

Kereta kawan saya sudah selamat park di dalam resort tu, hanya kereta saya dan si Fatin sahaja yang masih di jalanan. Tepat jam 6.45 petang, saya tiba di resort dan terus ke apartmen, mandi, solat serta berehat seketika sementara menanti belah malam. Ada bbq dan juga program kanak-kanak Ribena. haha. dan sebelum itu, saya MAHU ke PASAR MALAM. boleh pulak saya mengidam mahu makan NASI KERABU di pasar malam PORT DICKSON? Memang kes naya. Huhu.

Nasi Kerabu memang ada, tapi tak sempat saya nak rembat. Sebabnya, orang kat Port Dickson ni suka makan nasi kerabu kot. Memang LICIN, sampai saya telan air liur aje pabila tengok bekas-bekas nasi tu. Huhu.

Pukul 10.30 malam, bbq mula dan di selangselikan dengan permainan. Memang enjoy sebab grup saya menang! Majlis makan-makan tamat sekitar jam 1 pagi. Owh lupa, kami bakar ayam di pantai di belakang Bayu Beach Resort, lebih kurang 10 kilometer dari Corus Paradise Resort. Jauh sakan pergi bakar ayam ye? Huu.

Balik dari bbq, terus tido. Esoknya, pagi-pagi lagi bertolak ke Teluk Kemang, niat di hati mahu merasa ikan bakar. Tapi, tak ada. Kasihan kepada yang mengidam tu. Huu. Tak apa, kita ke Umbai lah next time ye? Hihi. Di sana, saya rembat baju untuk adik-adik saya sebanyak 6 helai. Pokai tiba-tiba. Tapi untuk adik-adik. Saya ni jenis yang tak kisah sangat.

Dari Teluk Kemang, saya bergerak awal dari member lain untuk ke Nilai, mahu juga shopping di sana. Tak pernah sampai tau. Teruja tengok semua lawa-lawa baju dan tudung. Hurm, kalau bawa mama saya ni, memang dengan bank-bank dia bawa sekali. Memang tak habis shopping sungguh!

Saya tak beli apa-apa dari Nilai sebab pokai tadi. Jalan-jalan jamu mata sahaja. Tengok-tengok kedai hiasan perkahwinan, terasa TERUJA dan TERUJA. Huu. Sudah cakap dengan encik Wan Hairy, barang kahwin kita beli kat sini tau. Haha. Tak kira tak kira. Bukan jauh pun, dekat saja. Boleh ye nanti.

Dari Nilai, saya pulang ke Shah Alam. Sampai di Shah Alam lebih kurang jam 6.30 petang. Penat memandu dari Shah Alam ke Kuala Pilah, dari Kuala Pilah ke PD, dari PD ke Teluk Kemang dan ke Nilai, dari Nilai ke Shah Alam, terus saya tidur. Penat yang amat. Lain kali nak gi jalan-jalan lagi, tapi dengan housemates pula. Kemana tu, biarlah rahsia. Hehe.

Banyak gambar yang nak di kongsikan, tapi tunggu lah dulu. Tak sempat nak kecilkan saiz. Tahu-tahulah kalau guna SLR kan? Besarnya mak aiii.. Huhu. Sudah dulu lah, mahu ke kamar. Penat cerita ni, memang tak akan habis... Hehe~




P/S : Jom tidur =)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...