Haih. Baru sebentar tadi saya ke Seksyen 17 menghantar tunang saya pulang ke Kuantan. Sedih betul lah. Hurm. Banyak betul songeh saya semasa keberadaan tunang saya di Shah Alam, macam-macam rengekan saya. Seakan budak kecik pun ada. Dari hari Khamis sampailah ke malam tadi, dia sekejap senyum dan sekejap memaksa untuk senyum. Mungkin fikirannya kusut memikirkan kerenah saya yang entah apa-apa ni. Mungkin juga dia sedang menahan perasaan amarah. Hehe. Ada ketika saya mahu ke situ, sekejap mahu ke situ, tengahari pulak mahu ke situ, petang ke situ dan malam juga ke situ. Sampai minyak kereta kering dan terpaksa diisi untuk beberapa kali. Memang saya tahu, dia penat. Tapi, dia layan jugak kehendak saya sampaikan senyum pun tak nak. ehe~ Saya pun satu, sudah tahu tunang saya penat tapi saya tetap berdegil mahu ke serata tempat. Sampaikan dia tak mahu cakap dengan saya. ehehe~ Diam sebab banyak sangat perangai saya yang harus dilayan. Mujur juga dia memahami, kalau tak, naya saya ke sekeh! huhu~ iya, saya tahu dia sabar melayan kerenah anak-anak seperti saya ni. Hurm, tapi apapun, saya happy lah dengan dia. Saya bertuah mempunyai tunang seperti Wan Hairy ni, jejaka berusia 30 tahun yang begitu menyayangi saya seadanya saya. Terima kasih sayang. Kamu, cinta mati saya. Juga, maafkan sikap tak matang untuk 3 hari ini. Maaf ya! Nanti jumpa lagi. Sayang selalu~ ;)
haa.. itulah tunang saya. Wan Hairy namanya, ada iras Hritik Roshan tak?
ahaha~
Owh, nak dedicate satu lagu untuk tunang tersayang saya ni..
............................................
Gelisahnya Hati Ini
Bila Saling Berpandang
Oh Rindunya Tika Ini
Tak Bersua Muka
Kau Buat Hatiku Resah
Bila aku fikirkannya
ku Percaya Kau Kan Cinta
Pada Diri Ini
.............................................
Misha Omar, TERPANA
ahaha~
Owh, nak dedicate satu lagu untuk tunang tersayang saya ni..
............................................
Gelisahnya Hati Ini
Bila Saling Berpandang
Oh Rindunya Tika Ini
Tak Bersua Muka
Kau Buat Hatiku Resah
Bila aku fikirkannya
ku Percaya Kau Kan Cinta
Pada Diri Ini
.............................................
Misha Omar, TERPANA