Hujung minggu lepas saya betul-betul mahu makan apa sahaja makanan yang dibakar. Keberadaan tunang saya di Shah Alam membuatkan saya betul-betul lega. Haa, mana tidaknya, dapat jugak melepaskan gian saya tu. Kalau dah mengidam, macam-macam alasan yang saya bagi. By hook or by crook, SAYA NAK PERGI. Kan dah kata saya ni degil! Hehe.
At last, dapat jugak makan untuk kali kedua di Medan Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Port Klang. Kalau ikut jalan belakang ke Klang dari rumah saya di Seksyen 7, Pusat Komersial ni, hanya ambil masa selama 30 minit untuk sampai. Itupun, kalau pecut 120 km/jam lah. Kalau tak, boring jugak mahu ke sana. Jalannya lurus dan kosong tanpa kereta. Tahu-tahulah sana semuanya LORI dan TRELLER. Mana tak takut? Risau kang di rempuhnya kami yang kecik-kecik comel lote ni. Hehe.
Kali pertama saya pergi pada minggu lepas, juga dengan tunang dan juga Liyana. Waktu itu saya puasa, so biasalah kalau namanya pun puasa kan? Macam-macam dalam kepala. Semua sedap. Kalau boleh semua saya nak makan. Padahal tak sedar yang perut awak tu kecik aje. Haha. Memang nafsu sungguh!
Untuk kali yang kedua, saya bawa adik kedua saya. Bawa jalan-jalan lah! Asyik duk dalam bilik aje kan? Sekali-sekala bawa la dia keluar makan angin. Hurm, bertolak dalam 7 petang dan sampai di sana dalam 7.30 petang dan terus duduk. Siap cup nak duduk tepi laut lagi. Ahaha~ dapat jugak tengok matahari terbenam kan? Terlepas satu keinginan hati. Hehe. Memang poyo!
Ini antara gambar yang sempat kami snap. Malu lah nak ambil banyak-banyak. Orang ramai beb. Sekeliling penuh dengan orang. Kamera pulak duk asyik keluar FLASH. ish! Tapi nasib baiklah makanan yang kami order cepat sampai. Kalau tak, hangin jugak menunggu masa lapar kan? Hee~
Here we go! =)
Haa, ini dia cawangan dari Umbai, Melaka.
Muara Ikan Bakar adalah cawangan daripada HQ di Melaka yang namanya SELERA KITA kalau tak silap saya.
Muara Ikan Bakar adalah cawangan daripada HQ di Melaka yang namanya SELERA KITA kalau tak silap saya.