10 September 2009

kerna saya bukan PAKAR! (=

Salam.

Sudah berminggu saya tinggalkan jejak untuk kelas Food Styling, tapi satu habuk pun tidak pernah saya uploadkan hasilnya. INTERNET meragam! Itulah yang paling tepat rasa saya. Memang kadang-kadang naik menyampah dengan wireless area rumah saya ni. Apa guna pasang wireless sana-sini kalau tak mantap keberkesanannya? Bila fikir nak pasang line, tak berbaloi pulak. Baik guna wireless, lagipun saya akan tamat belajar bulan November nanti. Tuan rumah pulak macam lepas tangan. Huh! Dari saya merana dengan bil tertunggak, baik stick aje dengan wireless kan? Itu pasal, pernah dulu saya khabarkan yang saya RELA tidur dari merana jiwa dan raga. Dari saya sakit hati dan stress, baiklah saya ke kamar beradu dan melayan mimpi-mimpi INDAH, walaupun siang hari. Itu sudah pasti kalau tidak ada kerja. Huu..

Entah mengapa, hari ini saya terasa seperti mahu berkongsi hasil kerja saya di Kitchen 6, UiTM Malaysia. Kalau ikutkan gambar, memang banyak lagi termasuk yang lepas-lepas. Tapi, entah kemanalah perginya semua. Yang ini belum di masukkan ke slideshow untuk presentation this coming Selasa, so sempatlah saya calit-calit dengan warna sikit, make-up kan sikit bagi berseri. Huu.. sadis!

Okei, tak mahu membebel macam nenek, saya tunjukkan serba sedikit hasil kerja saya dengan Chempaka, iaitu Double Layered Honey Pudding! Bukan puding sedap apa pun, sekadar telur dan susu tanpa gula, juga sedikit syrup bagi menggantikan honey. Alah! Dah namanya pun Food Styling kan? Nasib baik tak taruk JARUM peniti yang seperti pernah saya buat untuk tutup punggung AYAM tempoh hari. Itupun tak set jugak walau berjam-jam dalam chiller. Tapi okeilah dari terus tak jadi kan? Huu~

Pstt~ ada lagi entri baru yang nak saya kongsikan since blog ni sudah bersawang-sawang. CERITA tentang NIKAH dan KAHWIN. Owh bilalah GILIRAN saya nih tiba? Sungguh tidak sabar! ;) ahaha... enjoy the photos then!





p/s :: Rasa saya, ada je professional photoghrapher yang terbaca this blog buruk dan juga gambar-gambar buruk yang saya hasilkan. Hurm, kalau ada yang kena, MAAF di pinta, kerna saya bukan sebagus anda.. (=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...