16 September 2009

kalau umurku panjang~

Salam.

Fuh. Penat. Lenguh kaki saya kehulu kehilir mengemas baju untuk dibawa pulang tengahmalam esok. Bukan apa, baju saya bertimbun-timbun, kalau saya jual semua tu, mahu ratus-ratus saya untung. Banyak woo. Sampai saya tak tahu nak pakai baju mana kalau mahu outing, ayat yang selalu keluar dari mulut saya, " alaa, tak ada baju la nak pakai", haha..

Itulah, baju saya berguni-guni, ada yang tak boleh pakai, ada yang boleh lagi. Tapi semuanya saya masukkan dalam beg besar. Serabut dengan timbunan ni, saya ambil keputusan untuk bawa pulang semua baju-baju lama saya. Biar terbeliak mata Mama, dan haruslah saya kena bebel kan? Beli banyak, macam awak tu Mak Datin, tapi pakainya sekali saja, terus, simpan buat harta pusaka.

Tambahan lagi, saya bertunang dengan lelaki yang begitu PEMURAH, setiap kali jumpa, setiap kali itulah lelaki pemurah tu bermurah hati membeli saya itu dan ini. Baju jangan cakaplah. Tapi, saya tak pernah nak menolak, alah rezeki tu. Huhu. Tapi adakalanya saya tolak juga, tak cukup badan lah nak pakai banyak-banyak. Alahai... Bilalah nak sudah kisah baju-baju saya ni. Semakin hari, semakin banyak. Memang tak cukup tempat nak simpan. Tahu-tahulah bilik bujang saya kecil saja, lagipula berkongsi dengan adik ke-5 saya, almari pula ada satu sahaja. Nasib la jugak almari tu besar. Bolehlah juga saya sumbat selagi terdaya, siap termuntah lagi dengan baju yang berlambak tu. Mak aiii. Tapi bagus juga saya bawa pulang semua baju yang tak pakai tu. Nanti akhir semester, tak adalah saya kalut nak simpan semua itu nanti. Ini kan semester akhir saya. Haruslah semuanya dibawa pulang. Eh, merapu. Panjang pula karangan BAJU ni. Aduh! Huu. Layan je lah..

Wah, mengantuk. Stop writing okeh. Kalau sempat buat entri sebelum bertolak pulang esok, saya karang lah bagi sedap ye! huu~ Takut tak sempat saja. Sebabnya esok pagi, saya ke Masjid India, sambung my previous shopping sebab itu hari tak sempat nak shopping. Gaduh-gaduh manja dengan Wan Hairy hingga ke malam. Haha. Itulah, tak dapat nak merasa baju FREE ye tak? Eh, esok harus ye. Esok pun Wan Hairy akan turun ke KL dari Kuantan, belah malamnya kami bertolak pulang ke Kelantan. Agak-agak jalan ke Kelantan sesak tak? Haha, jangan ditanya OKEI. Sebabnya, INI RAYA maaa.. Kalau tak sesak, tak MERIAH namanya! Saya berlalu dulu. Jumpa nanti ye.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Di entri lain, saya sambung cerita ''maaf maaf maaf'' ye.. InsyaAllah kalau umurku panjang~
(=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...