15 December 2009

dari situ ke sini (=

Salam.

Kelmarin (13 Disember, 2009 - Ahad), saya terima panggilan daripada Mama (my mom). Beliau tidak terus menghubungi melalui phone saya sebaliknya menggunakan phone adik kedua saya. Dari nada suaranya, beliau semacam gembira. Masa tu saya tengah potong sayur, lauk untuk tengahari. Dengan tangan dua-dua belah sedang potong daging+sayur+bawang, saya minta adik saya letakkan di telinga. Hurm. Kata Mama, ''ada jawatan kosong ni. Awak nak ke?''.

Lepas tu, dia cerita la serba sedikit pasal kerja tu. Katanya, tempat kerja di USM Kubang Kerian. Ada nak pakai orang. Kerja macam biasa, office hour, 5 hari seminggu, dan gajinya tak banyak. Perlu ke saya sebut nilai? Hehe. Tak payah la kan. Bukan apa, rate gaji memang tak sesuai dengan kelulusan ijazah saya. Tapi, disebabkan tak nak menjadi penganggur hebat, saya terus terima kerja tu. Zaman sekarang, kalau duk asyik pilih-pilih kerja, satu kerja pun tak jalan. Nasi pun payah nak beli. Semuanya duit tau. Takkanlah nak bergantung hidup dengan Mama dan Abah saja? Tak ada tapi-tapi lagi. Saya terima kerja tu. Tak kisah la kerja apa. Janji dapat hidup tanpa meminta-minta. Nak bayar hutang, nak makan minum pakai yang sedap-sedap. Kena kerja la jawabnya.

Semalam, nasib menyebelahi saya. Saya diterima bekerja setelah melalui proses temuduga. Alhamdulillah. Mungkin itu rezeki saya. Thanks to my mom and her friend sebab tolong bawa saya ke Hospital USM. Terima kasih daun keladi. Saya sebenarnya bukan apa, saya ni jenis yang PENAKUT masuk hospital. Saya tak boleh tengok orang-orang sakit kat hospital. Kalau tak, dengan saya-saya masuk wad sekali. Saya gerun tengok orang sakit, gerun tengok darah, gerun tengok orang mati, orang kemalangan. Entah la. Silap haribulan, boleh terjelepuk kat lantai. Senang je nak pengsan, tengok la orang yang kemalangan teruk-teruk, terus saya boleh collapse. Huhu. Apa punya penyakit lah. Kes naya!

Ops lupa. Kerja saya tu senang saja. Alaa, macam tutor kat UiTM je la. Tapi yang membezakannya, saya hanya menolong Professor dan juga pembantunya untuk menyiapkan penyelidikan mereka. Tak ada kena mengena dengan nak sambung Master ke apa ke. Tapi saya harus study tentang protokol research tu. Saya kena tahu keseluruhan protokol research tu. Semuanya pasal Diabetes Mellitus. Hurm. Jauh menyimpang nampak gayanya ye. Tapi, nasib baik juga, Bis Boss saya tu tak kisah, dan beliau tahu saya dari program Seni Kulinari. Okay la tu. Ada juga saya belajar pasal penyakit ni masa ambil Diploma dulu. Faham la juga serba-sedikit. Tak sikit tak banyak, boleh la saya belajar pasal dunia perubatan pulak ye. Huu~

Apapun, wish me all the best. Saya ikat kontrak dengan Jabatan tu 1 tahun. Lama juga tu kan? Yang pasti, berulang-alik dari Machang ke Kubang Kerian sah-sah memakan masa yang lama. Kubang Kerian pasti sesak dan penuh dengan kereta. Hoh! Jauh jugak. Alah bisa tegal biasa lah..

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...