03 December 2009

Tak sudah-sudah ''minah'' neh! =(

Salam.

Semalam hampir jam 2 pagi baru saya tidur. Tidur dalam keseronokan yang amat! Mana tidaknya, bilik saya sudah KEMAS okei~ Tenang jek tidur, otak pun tak serabut macam selalu. Rasa macam tak nak bangun dari tidur pagi tadi.

Wah! Yeyey!
Bilik Hijau Muda sudah cantik. Dah lama hati ni berhajat nak kemas bilik tidur ni, tapi TAK PERNAH kesampaian. Semalam, sesudah solat Isyak, saya kerah tenaga adik ke-5 saya untuk sama-sama menyertai projek GERGASI ni. Projek kemas-kemas yang tak pernah nak SUDAH. Memang naik minyak betul semalam. Pukul 8.30 malam projek bermula, tak henti-henti sampai lah ke pukul 2 pagi. Lepas tu, memang LENA kami zZzzzz!! (=

Hah! Inilah hasilnya. Tadaaa~

KOSONG!
Posisi perabot sudah 100% berubah dari yang biasa.
Katil pun dah berpusing KEPALA.
Memang syioknye tidur~
hehe.. (=


TETAPI

ada

TAPI

dan

TAPI
........................

TAPI,

Siapa nak KEMAS ini SEMUA?
Saya ke?
Atau sesiapa yang ada rasa tanggungjawab?
Urh~

Dan ini....

Dan juga yang ini....Ini semua barang SAYA..
Dari zaman sekolah, zaman kerja sementara, zaman diploma, zaman degree....
Huuuu........... (T_T)

Penatnya. Hurm.

Fuh~ Mengucap panjang... Semenjak saya belajar jauh dari keluarga tahun 2004, saya jarang balik dan jarang sekali nak kemas rumah. Apatah lagi nak kemas bilik. Saya biarkan saja bilik bersepah macam tak ada orang duduk! Huu~

Itulah, malu tau kalau tiba-tiba ada saudara yang mahu tumpang solat di bilik saya. Awal-awal lagi saya pesan, kalau nak solat, SILA KE BILIK MAMA ye. Bilik saya dalam proses ''pemansuhan'' yang tak pernah sudah...

Semalam, setelah hampir 5 tahun belajar jauh di perantauan, saya tergerak hati nak kemas dan ubahsuai perabot. Saya dah bosan tengok keadaan bilik ni. Tak ada style langsung. Kali ni, semua barang-barang dalam kotak yang kat luar tu, yang mana yang tak nak pakai, SAYA NAK BUANG, dengan kata mudah, nak BAKAR. Tak adalah pening kepala nanti dengan semua tu. Kan?

Hurm~ Sekali lagi mengucap.... (=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...