29 January 2010

cantik oh cantik!

Salam.

Berbulan-bulan saya tinggalkan produk kecantikan yang selalu saya amalkan di wajah. Malas punya pasal, saya tolak ke tepi. Saya tak suka krim yang melekit-lekit macam GAM ditampal di muka. Kemana saya pergi, saya tak pernah tampal apa-apa di muka. Bukan tak suka, tapi saya rimas. GELI dengan tekstur produk! Saya lebih selesa keluar dengan wajah yang natural tanpa solekan tebal mahupun nipis! Tak suka okei. Saya tak kisah pun kalau tak calit apa-apa. Bukan ada yang mahu TENUNG atau RENUNG saya lama-lama. Saya pun taklah SECANTIK insan-insan yang perasan CANTIK! Kan?

Serius, sekarang pun kalau nak kemana-mana, saya terbiasa dengan wajah kosong! Saya cuma oleskan lipstik dan itu sudah CUKUP! Tak payah la nak CANTIK-CANTIK kan? Gelap pun tak apa, janji kulit tak rosak. Kulit gelap adalah bagus untuk menghalang sinar UV dari merosakkan kulit.

Kalau dulu, ada saya pakai produk yang saya beli dari Sis Lynna, tapi tak tahan lama. Bukan produk tu tak sesuai dengan saya, tapi, saya jarang pakai. Beli saja menghabiskan duit bolehlah. Hehe.
p/s :: Jangan bagi naik jerawat pun dah kira okei kan? (=

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...