29 January 2010

Salam.

Bercerita hal temuduga&kerja saya tempoh hari, saya dapat 2 kerja KERJA dalam SATU masa. Murah betul rezeki orang yang mendirikan masjid ni. Betullah kata-kata yang pernah saya dengar sebelum ni. Allah swt permudahkan jalan orang-orang yang mahu menikah!

So, terpaksalah saya TOLAK satu antara dua. Saya tak nak nanti, saya jadi tamak haloba. Sakit otak fikir mana satu yang terbaik. Fikir punya fikir, saya pilih Kolej PTPL Kota Bharu. Bukan apa, dekat dengan rumah. Satu negeri dengan saya. Senang lah hidup saya nanti. Dapatlah saya berjimat-cermat menuju hari bahagia. Bukan senang nak cari duit saat-saat genting macam ini. Syukur pada Allah sebab rezeki datang tak putus-putus.

Juga alhamdulillah, saya bakal mempunyai suami yang tidak berkira orangnya! Tak panas baran seperti yang sebelum ini. Huh. Hanya Tuhan yang tahu. Macam-macam orang berkata-kata masa saya mula-mula berkasih-kasihan dengan yang dulu. Semuanya cemburu dengan saya. Sampai sekarang, masih ada yang iri hati. Entah apa lah yang di cemburukan pun saya tak tahu. Biarlah, saya doakan dia & dia bahagia. Saya cuma boleh perhatikan dari jauh saja. Lagipun, hati saya sudah tertutup buat sesiapa. Geli nak kembali kepada yang dulu. Huh! Biarkan beliau gumbira~

Ahad nanti, saya bakal mengajar budak-budak yang mungkin sebaya dengan saya. Biasalah kalau budak universiti atau kolej, semuanya di ambang 20-an. Kalau ada 30-an pun, tak ramailah. Saya pulak kecik kiut miut macam budak sekolah. So, no wonderlah kalau budak-budak semuanya besar daripada saya.

Hurm, kita tengoklah nanti macam mana. Nak garang sangat pun tak boleh, nak buat LEMBUT sangat bukan imej saya. Saya bukan lembut or minah PINK okeh! Saya jenis yang kasar, tapi tak bermakna saya KURANG ajaran macam sesetengah orang yang tak RETI BAHASA tuh! Saya just a simple girl yang can be a fast learner. InsyaAllah saya jenis yang peramah dan can be easily familiar with the new environment. Tak kisah lah saya di tempatkan dimana-mana. Janji saya boleh hidup.

p/s : Rezeki saya datang dari Allah swt atas hasad dengki manusia lain! Allah swt kurniakan saya rezeki yang murah menuju hari bahagia. Syukur Ya Rab!

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat. Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi ra...