11 March 2010

Terperap :: 1

Salam.

Memang saya tersangat-sangat-sangat sibuk sejak kebelakangan ni. Setiap hari, waktu balik dari kerja, nampak saja KATIL, terus mata jadi kuyu. Layu-selayu yang mungkin! Penat usah di persoalkan lagi. Memang penat. 40 minit berada di jalanan menuju kerumah tercinta membuatkan fikiran saya jadi kosong! Apa yang saya tengok sepanjang perjalanan pulang, hanyalah dengan pandangan kosong. Sebolehnya, saya mahu TERBANG dari Machang ke Kota Bharu, juga dari Kota Bharu ke Machang. Kalaulah saya boleh terbang.....................kan?? Huhu (^_^)

Sila ''jangan cemburu'' dengan eye-bag saya yang sangat tembam itu!
Saya bagi makan makanan yang berkhasiat sehingga ''badan'' eye-bag itu mencecah berkilo-kilo gram~
--------------------------------------

Seminggu yang lalu, selesai sahaja para pelajar Kolej PTPL Kota Bharu menjalani peperiksaan akhir semester, saya bergegas turun ke Bahagian Peperiksaan dengan niat mahu mengutip skrip jawapan pelajar-pelajar saya. Bangga sekejap dengan jawapan-jawapan mereka. Pandai jugak pelajar-pelajar saya ni ye? Siap bagi nota kaki dengan niat mahu membodek agar mereka diluluskan. Haih. Teringat semasa saya menjadi pelajar dulu, nota kaki saja berjela-jela saya karangi, juga dengan niat agar di luluskan oleh pensyarah. Mujur semua subjek berjaya saya lepasi sampai ke ijazah saya. Risau juga kalau-kalau GAGAL, susah lah hidup nanti. Memang susah, nak kena mengulang subjek yang sama. Fuhh. Hanya Tuhan saja yang tahu hati dan perasaan students yang repeat paper. Mahu tak mahu, DUIT harus ada. Kalau tak, memang susah nak survive!

Gambar di bawah ini menceritakan betapa otak saya dipenuhi dengan jawapan-jawapan yang berterabur + bagus oleh anak-anak didik saya. Selalu saya pesan kepada mereka, kalau nak markah tinggi, TULISAN harus kemas dan cantik. Tulisan yang buruk saya tak layan! Huhu. Bukan nak ugut, sekadar mahu menggertak. Mujur semuanya tak macam cakar ayam. Kalau tak. ada jugak yang GAGAL nanti.

Pelajar saya ramai. Susah jugak nak berdepan dengan pelbagai jawapan dari skrip jawapan ni. Kena hati-hati dan sabar dalam menanda. Harap-harap markah yang saya bagi dapat membantu mereka menaikkan CGPA mereka. InsyaAllah. Apapun, bukan senang jadi CIKGU ni..... (",)


p/s :: Sekadar membalas dendam menulis entri panjang-panjang. Sebab dah lama merindukan suasana ber''blogging'' macam zaman DEGREE dulu~ Hukhuk! =p

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...