10 March 2010

Topaz Brown - my choice!

Salam.

Hari ni masuk 2 minggu saya memakai kanta sentuh dari Blincon dengan niat mahu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Memang tak salah pilihan saya kali ni. Produk kanta sentuh dari Blincon tak macam jenama yang lain. Seingat saya, saya mula memakai kanta sentuh sedari saya di Tingkatan 4 lagi. Dahulu, kanta sentuh berwarna tidak begitu popular di pasaran, teman-teman saya juga jarang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni. Saya memberanikan diri untuk mencuba, dari saat itu sehingga kini, lebih kurang 8 tahun, bermacam warna, bermacam ukuran diameter dan juga pelbagai jenama telah saya cuba.

Dari semua jenama yang pernah saya cuba, saya jatuh hati dengan jenama dari Blincon ni. Sebabnya SATU sahaja. Hanya SATU sebab sahaja yang membuatkan saya terus jatuh hati dengan Blincon. Nak tahu? Sebabnya..........

Kanta sentuh dari Blincon TEBAL! Tidak seperti kanta sentuh jenama lain. Itu mengikut keselesaan saya lah si pemakainya. Mungkin orang lain selesa dengan yang nipis. Mungkin juga selesa dengan yang tebal. Terpulang kepada rasa selesa individu tersebut. Tapi, saya syorkan, cubalah guna kanta sentuh dari Blincon ni. Tak rugi. Mata tak rasa penat sangat. (=

Saya sukakan warna hazel @ dark brown.
Dulu pernah saya pakai warna grey, nampak macam mata kucing.
Meow! TAK MAHU jadi meow okeh.. :)
Biarlah warna tu tak menonjol dan tak sangat menampakkan kepalsuan.

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...