26 May 2010

bakal graduan + bakal bini :)

Salam.

Ahad 30 Mei 2010 nanti saya bakal bergraduasi dan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian setelah berpenat-lelah menelaah pelajaran selama 2 tahun untuk pengajian ijazah. (Eh, iye ke? Bukan asyik duk layan blog ke dulu?) Huhu. Dapat 1 bintang pun jadilah dari tak dapat BINTANG langsung. Apapun, syukur alhamdulillah. Nama saya adalah yang terakhir dalam senarai kelas Ijazah Kedua Tertinggi, Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep) Pengurusan Seni Kulinari. Itulah, siapa suruh mama dan abah letak pangkal nama saya Z? Terpaksalah jadi orang yang terakhir kan? Jenuh nak menunggu nama saya dipanggil oleh pengacara majlis.

Masih saya ingat sewaktu menerima Diploma Seni Kulinari 2 tahun lepas, saya siap tidur lagi dalam Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam tu. Mengantuk beb! Berpuluh-puluh kali saya ternganga menguap tatkala menanti nama ZATUL HERNANI BT MOHD NAWI yang bernombor giliran 264 dipanggil...... jenuh menunggu!

Untuk hari Ahad nanti pun sama lah jugak. Angka giliran ke-247. Lama tu nak tunggu. Tapi tak mengapa. Bukan selalu pun dapat naik ke atas pentas yang gah sebegitu kan kan kan? Hehe. Tapi, tapi, tapi, KASIHAN lah mama dan abah nak menunggu nama anak dia dipanggil naik. Nanti nak suruh mama dan abah bawak MP3 dan earphone. Sambil-sambil menanti, boleh la my parents dengar lagu. Haha. (good idea) Ye dok? =p

Sebelum saya lupa, hari graduasi saya jatuh pada hari ulangtahun pertunangan saya yang pertama. Hari itu, genap SETAHUN saya menjadi tunangan kepada Encik Wan Hairy. Urm. Memori bakal tercipta lah kan? Harap-harap Encik Tunang-tunang datang membawa kek ulangtahun, hadiah cantik-cantik, fresh flower, kad ucapan yang besar, kad wangi-wangi, bunga yang ada anak patung tu, dan apalagi ye?

Tapi sempatkah beliau datang? Hoho. Lupa-lupa. Borang kebenaran menikah luar mukim belum lagi selesai. Hah! Sila selesaikan wahai Encik Tunang-tunang. Kalau tak, tak MENIKAH la kita nanti. Tak datang ke majlis konvokesyen saya pun tak mengapa. Saya tak sedih pun. Saya lagi sedih dan terharu kalau-kalau malam 5 Jun 2010 tu kita tak dapat dinikahkan oleh imam. Iye dok? :))

Apapun,
SELAMAT BERGRADUASI Cik Zat!
(:

Dan, ini semua merupakan ex-classmates saya.
Congratulations all~ :)

HM225 – SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN SENI KULINARI

KELAS PERTAMA
226. Firdaus Bin Abd Hanan **
227. Siti Nurhanifah Binti Sulong **
228. Suzana Binti Mohd Hasbi **

KELAS KEDUA (TINGGI)
229. Ahmad Fauzan Bin Badiuzaman *
230. Ahmad Sofian Bin Abd Razak *
231. Asrar Firdause Bin Jamaluddin *
232. Aziah Binti Thalaha *
233. Hazelita Binti Ismail *
234. Ida Farida Binti Abdul Azis *
235. Ikmal Ibrahim Bin Jamal *
236. Lydia Binti Pius *
237. Nor Diana Binti Ismail *
238. Nor Fuziana Binti Omar *
239. Norhidayah Binti Mohd Yunus *
240. Norsyamimi Binti Md Ismail *
241. Nur Julita Binti Munab *
242. Nurul Amira Binti Abdul Rahim *
243. Roszita Binti Sulaiman *
244. Ruminah Binti Mohd Yusof *
245. Siti Aishah Binti Zainudin *
246. Siti Nornadiah Binti Ishak *
247. Zatul Hernani Binti Mohd Nawi *

KELAS KEDUA (RENDAH)
248. Abdul Hafiz Bin Mastor
249. Ahmad Ridzwan Bin Mohamad Khairi
250. Albert Anak Sanjan
251. Azatul Husni Binti Ab Wahab
252. Azizah Binti Ahmad Sah
253. Evelynda Madang
254. Fatin Farah Syazana Binti Md Noor
255. Junaidah Binti Mohd Jan Jang
256. Lailatul Azura Binti Zani
257. Louis Anak Bettie
258. Mohammad Halim Bin Jeinie
259. Mohd Ashraf Bin Daud
260. Mohd Fairuz Bin Mustaffa Kamal
261. Muhammad Kamel Bin Abdullah
262. Norhazwani Binti Ismail
263. Norhidayah Binti Halim
264. Nur Hanis Binti Mohamed Nor
265. Nuraisyah Binti Kamaruddin
266. Nurul Liyana Binti Abu Bakar
267. Radhiah Binti Mahmood
268. Rashidah Binti Abdul Wahed
269. Sharatul Amirrah Binti Othman
270. Tajul Arif Bin Mohd Shukor

p/s - terasa ingin cepat-cepat menjejakkan kaki ke Bandaraya Anggerik.. :p

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...