25 May 2010

mereka juga mau menikah! =p

Salam.

Sedang asyik kalut-malut dengan majlis sendiri, terlintas di fikiran tentang 3 majlis perkahwinan yang bakal saya hadiri di bulan yang sama. Semuanya setelah saya bergelar PUAN nanti. Tapi, yang pastinya, kehadiran saya bukan dengan bakal Encik Suami. Tapi, kalau nak paksa bakal Encik Suami pulang ke kampung pun okei je kan? Haha.

Fieyza & Azfar
10 Jun 2010
(Khamis)
Sahabat saya yang ini namanya Fiza, bekas officemate masa kat kolej. Cantik orangnya secantik kad undangan daripada beliau yang saya terima. InsyaAllah akan saya usulkan kepada keluarga. Hehe ;)

Asmawati & Fazly
12 Jun 2010
(Sabtu)
Hari perkahwinan beliau jatuh pada hari majlis bertandang saya di Tumpat. Oleh kerana itu, tak dapatlah saya ke sana. Susah juga ye nak berkejar-kejar pada hari yang sama. Semoga kamu berbahagia! :)

Nik Diyana & Marwan
19 Jun 2010
(Sabtu)
Yang ini juga merupakan ex-officemate saya di kolej. Lemah lembut saja orangnya, bertuah bakal suami beliau. InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang, sampailah saya ke sana nanti.

p/s - Kepada bakal-bakal isteri di luar sana, saya juga mendoakan yang terbaik buat kamu. Semoga berbahagia selamanya.

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat. Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi ra...