24 May 2010

. . . . .

Salam.

Hari-hari duk kira benda alah ni jek. Alahai. Satu kerja pun belum siap sepenuhnya. Souviner lagi la, ada dalam 80 bakul lagi belum di riben kan. Rama-rama lagi nak cari. SSF saja yang ada jenis macam tu, colorful macam tu. Tapi, yang pasti, memang saya harus KIRA benda alah ni. Sebabnya, benda alah inilah yang menjadi penanda aras majlis perkahwinan saya. Kalau tak ada kiraan hari, mau pengsan saya. Tup-tup dah sampai ke hari persandingan, tapi SATU pun belum sudah saya selesaikan. Apapun, malam ni ada pasar malam di Machang. Saya mahu makan itu yong tau fu. Mahu beli dan makan seorang diri. Cet! Kedekut taik hidung masin. Hoho.

Jumpa lagi (=


@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...