22 June 2010

mula membebel :)

Salam.

Hari ke-dua di De Palma Hotel, Ampang.

Sudah lama saya tidak membebel seperti selalu. Membebel seperti mak nenek yang selalu saya buat tu. Huhu. Selalunya, saya rancak bercerita itu dan ini. Ada saja cerita dan gambar yang ingin di kongsi, tapi masa selalu mengejar. Karangan pun panjang berjela-jela sampaikan tidak ada titik. Tapi tak lah selalu kan? Hehe. Banyak nye SELALU. Jom lah baca selalu. (*.*)

Pagi tadi, pagi-pagi lagi bangun disebabkan terkejut dengan suami yang datang ke katil. Orang tengah sedap bermimpi makan spaghetti oli-olio ni dia kacau lak! Ishhh. Al-maklumlah, kami tidur katil asing-asing. Bilik fully booked, yang ada tinggal bilik berkatil single saja. Nak tak nak, kena tidur jauh-jauh. Encik suami pulak, lepas solat subuh, terus dia pasang tv kuat-kuat, pasang air-cond high punya level. Nampak sangat dia cemburu akan saya. huh! Geram. Geram. Tapi takpe, bangun je pagi tadi, terus ke coffee house. Breakfast lah. Tapi tak banyak pun makan. Mata still mengantuk. Muahaha. Dalam hati, lepas saja makan-makan, lepas encik suami ke office, saya mahu TIDUR............ ! (=

Semalam, saya ke Pinggiran Batu Caves, ke rumah pakcik untuk makan malam. Tak jauh sangat, dalam 15 minit je perjalanan. Dalam perjalanan ke sana, saya terpandang kedai Home Decor area Flamingo. Fuh! Memang mengancam. Sejak dua-tiga hari yang lalu, saya berkenan dengan satu bunga ni. Ini semua gara-gara saya berlibur dengan teman saya di Kuantan tempoh hari. Bunga ala-ala English Style. Cantik dan simple. Huda Nabihan, kamu memang mempengaruhi saya. Seronok dapat keluar jalan-jalan dengan beliau dan dapat tengok BUNGA tu dalam kereta beliau. Hehe. Apa yang penting, saya mahu SATU! Nasib baik kat area hotel ni ada kedai ala English Style tu. Hehehehe. Nampak gayanya, kena keluar duit lah. Saya mahu beli~

Nak apa? Nak BUNGA ke? Okei, nanti petang ni kita pergi beli ye!
hehehe~

Petang nanti, saya tak ada rancangan untuk kemana-mana. Tunggu sajalah suami balik dari kerja. Nanti kami fikirkan. Pergi dulu.

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...