Sementara menunggu suami pulang dari kerja, saya dengan semangat yang tinggi kemas apa yang patut dalam bilik hotel ni. Kemas semua barang yang akan dibawa pulang petang nanti. Rasa tak sabar nak balik Kelantan setelah dua minggu saya berada jauh dengan keluarga. Hehe. Ke Kuala Terengganu, ke Kuantan, ke Kuala Lumpur dan ke Kuantan balik. Hurm. Ada sedikit rasa bosan. Bukan bosan dengan suami, tapi bosan dengan keadaan sekeliling. Asyik-asyik duk hotel. Macam tak ada life. Muahaha. Dah pandai life-life-life pulak dah. Saya impikan satu rumah dengan suami. Jadi, tak adalah bosan sangat. Boleh masak, boleh basuh baju, boleh jemur baju, boleh buat apa saja yang saya suka. Guling-guling macam budak pun boleh kan? Tapi, tak tahulah bila saat tu tiba. Kan kan? Sabar sajalah bak kata suami saya. Okei. Saya sabar lah, dan juga SABAR nak pulang ke kampung halaman petang nanti. Doakan saya ye. Jauh jugak tu, 5 jam perjalanan boleh cramp bontot! (-_-)
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
Salam. Hehe. Saja nak tayang gambar IBU mengandung . Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee.. Masa ni pose melekat kat dindin...
-
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...