07 July 2010

Akad Nikah - 5 Jun 2010 - Sabtu

Salam.

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Kampung Pangkal Meleret, Machang seusai solat Isyak dan berlanjutan ke jam 10.30 malam. Memang meriah sungguh majlis akad nikah malam tu. Sangat-sangat lah meriah dengan kehadiran 3 daripada 4 orang bakal pengantin yang bakal menikah. Kalau kira balik, ada 6 daripada 8 bakal pengantin di dalam masjid tu yang tunggu dinikahkan oleh imam masjid. Sepasang lagi katanya nak menikah pukul 11 malam. Apa-apa ajelah. Haha. Macam majlis 1000 orang je dalam tu. Ramai yang amat! Fotografer + videografer pun semacam jek. Ramai jugak lah antara mereka. Bagus-bagus. Good job! Berpeluh-peluh saya menunggu giliran bila lah giliran kami pula. Nasib baik Imam pilih kami pasangan yang kedua bernikah. So, tak adalah lama menanti. Bukan satu satu rombongan yang datang tau! Semua tengah lapar. Maklumlah sedari maghrib bersedia ke masjid, menunggu pihak lelaki datang, macam-macam lagi lah. Semuanya tak jamah makanan langsung. Semua tunggu majlis selesai baru nak makan. Termasuklah pengantin perempuan ni. Tak makan langsung malam tu. Huhu. Lapar tu tak usah cakap. Angin monsun timur laut pun dah masuk ke dalam perut ni!

Selesai giliran pengantin pertama, maka tiba waktu kami dinikahkah. Mama pulak suruh saya pergi duduk dekat-dekat dengan husband. Katanya, kalau nikah, bakal isteri kena duduk dekat dengan suami, nak kena dengar bait-bait perkataan yang keluar dari mulut suami. Haha. Setahu saya, hanya saya satu-satunya pengantin perempuan yang bersimpuh di khalayak tetamu lelaki yang ada dalam majlis tu. Semua mata lelaki bertumpu kepada saya. Iyalah, siapa suruh duduk di kawasan lelaki? Huhu. Yang ada semuanya pakcik-pakcik, atuk-atuk, abang-abang, adik-adik lelaki je! Bakal pengantin perempuan yang lagi 2 orang tu tak berganjak dari tempat duduk pun. Bersila di tempat solat perempuan. Muka pun tak nampak. Entah-entah kenal ke tidak bakal suami mereka. Huhu.

Saya sah menjadi isteri kepada Wan Hairy Wan Jusoff dengan sekali lafaz akad dan jam menunjukkan pukul 9.35 malam. Sempat lagi saya jeling jam di dinding masjid walaupun waktu itu, saya pakai jam tangan. Kalut punya pasal kann? Mata pun dah tak stabil. Dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa saya nak cepat-cepat majlis ni habis. PERUT lapar sangat okeh! Memang tak sabar tatkala Mama kata gulai kat rumah ada macam-macam lauk. Ouhhhh! Sedapnya. Kecur air liur.

Usai saja majlis, terus bergegas ke bahagian belakang masjid dengan famili kedua-dua pihak. Encik kameraman dari Photoaura nak bergambar! Owh. Lupa lah. Ingatkan boleh terus balik rumah. Hehe. So, kami bergambar selama lebih kurang 45 minit. Masjid tu gelap sangat. Pengcahayaan kurang sangat-sangat dan sangat. Silap saya jugak. Saya tidak mengutarakan pendapat kepada si fotografer untuk bergambar di rumah sahaja. Owh! Memang saya silap. Hasilnya, gambar sangat gelap. Hurm. Owh rasa nak nangessss. Harap-harap gambar lain tidak menghampakan saya lagi. Hehe.. T_T

Saya menanti hasilnya dari geng Photoaura. Saya kagumi kerja keras mereka. Bravo to their team! To Asyruff Ismail, you have a good flair! Admire all you jokes! Miss that moments~ :)

Tiba masa nanti, saya akan upload semua gambar nikah+kahwin+bertandang saya okeh. Kalau yang ada facebook saya, boleh view kat sana. Dalam ni, sikit-sikit boleh la. Hihi. Enjoy then! (=

Nanti, akan saya ceritakan serba-sedikit tentang wedding planner saya,Lyianaz Bridal. Mereka juga have done a very good job!


Pelamin angan-anganku. Berangan nak naik pelamin jugak 2 orang ni ye? ;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...