05 July 2010

1 bulan

Salam.
Maka dengan ini di isytiharkan, genaplah 1 bulan perkahwinan saya dengan husband tercinta. Macam tak sangka, iye ke? Betul ke dah masuk 1 bulan ni? Macam tak kahwin jek kan? Haha. Kami tinggal jauh-jauh. Husband di Pahang dan saya di Kelantan. Jauh jugak lah. Hari-hari yang berlalu memang takkan jumpa lah. Nasib baik teknologi makin canggih. Ada telefon bimbit, ada e-mel, ada 3G, ada apa lagi? Semuanya cukup untuk mendekatkan kami berdua. Kalau sunyi sepi, alamatnya, makin jauh la jurang antara kami. Ye tak? Terima kasih teknologi. Hehe. Syukur Ya Allah. Syukur kerana aku dipertemukan dengan lelaki yang penyabar seperti dia.

Sebelum dan selepas kahwin ni, tak ada apa yang berubah pun. Semuanya masih sama. Masih di takuk yang sama, dan saya serasi dengan itu semua. Tidak ada satu pun yang menggugat perasaan. Cuma, ketika ini, saya meluat dengan 'satu pihak' yang tidak senang dengan kebahagiaan kami. Ada saja ura-ura dari 'pihak' itu. Makin lama makin &^%$# lah! Tapi, apakan daya, kita BUKAN manusia sesempurna Nabi Utusan Allah..... Kan? Kita hanya manusia yang hina yang hanya kadangkala di muliakan oleh Allah swt, manusia miskin yang kadangkala di kayakan oleh Allah. Tak kira lah betapa baiknya kita, ada sahaja mulut-mulut tembus yang mahu mengganggu-gugat keharmonian orang lain. Memang dasar tak boleh tengok orang senang-lenang. Ingat, kerana MULUT badan BINASA. Jangan sesekali menuding jari di atas kesalahan orang lain. Cerminlah diri sendiri. Siapa tahu, KESALAHAN paling besar adalah dari kita sendiri. Tapi, cakap banyak pun tak guna, kalau tuan empunya diri EGO tidak bertempat. Sama-samalah kita perbaiki kelemahan diri. Selalu saya panjatkan doa kepadaNya, mohon supaya saya di jauhkan dengan perangai SOMBONG, ANGKUH, LALAI dan TAKBUR.

Sudah dulu kawan! (:

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...