04 July 2010

terkilan!

Salam.

'HATIKU YANG SELOKK!'

Haha. Rasa nak tergelak bila terbaca status di facebook teman baik saya Cik Shafiza ni. Ini gara-gara beliau menanyakan pendapat kakak kesayangannya untuk membina blogger yang baru. HATIKU YANG SELOKK macam best juga kan? Hehe. Mesti orang-orang yang baca blog ni pasti selokk. Cik Shafiza ni memang kelakar orangnya. Kalau have date dengan beliau, mesti ada je hilai tawa antara kami. Tak kering gusi. Ada-ada je celoteh daripada beliau.

Stop pasal Cik Shafiza. Hehe. Ada cerita lain ni.

Saya sebenarnya TERKILAN dan sangat-sangat SEDIH sebab terpaksa menolak pelawaan pihak universiti tempoh hari. Memang BETUL-BETUL terkilan. Saya di jemput menghadiri sesi temuduga untuk meneruskan pengajian masters dalam bidang gastronomi di UiTM Shah Alam. Kalau cakap hal ni, hati mesti sebak je. Rasa nak nangis je. Banyak benda yang saya usahakan untuk ini. Kesana-kemari menyelesaikan urusan sambung belajar. Tapi, bila tiba masa, semuanya saya terpaksa TOLAK. BUKAN rezeki kan? Memang tercatat di Luh Mahfuz ini bukan untuk saya. Sedihnya. Kelantan ke Shah Alam bukan dekat tau. Walaupun flight ada waktu tu, banyak yang saya fikir. Kalau dah sampai sana nanti, nak stay kat mana? Semua pakcik-makcik balik kampung uruskan kenduri saya. Ohoo. Kawan-kawan pula sedang bercuti waktu tu. Banyak benda dalam kepala nak fikir. Semua ini tak susah pun, tapi WAKTU yang menghalang. Kan?

Sesi temuduga jatuh pada hari ke-2 perkahwinan saya. Dalam waktu yang SINGKAT itu, saya tiada keupayaan untuk ke Shah Alam. Semua orang sedang kelam-kabut untuk majlis bertandang saya ke rumah mertua di Tumpat. Selesai saja majlis saya di Machang, suami tergesa-gesa pulang untuk melengkapkan majlis beliau. Huhu. Sangat lah sebak. Impian saya untuk sambung pengajian masters berkecai dalam sekelip mata!

p/s - Mungkin juga ada hikmah untuk saya dan suami. Siapa tahu kan? Rezeki semuanya daripada Allah swt. Kita hanya mampu merancang, namun, DIA yang berhak menentukan. Saya pasrah............ ;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...