31 July 2010

Jom solat.

Salam.

Hari ni hari Sabtu kan? Semalam Jumaat kan? Esok hari Ahad kan? Kan kan kan?

Tapi, hari-hari yang berlalu, dan jugak hari-hari yang bakal mendatang, kalau tak SOLAT, tak ada gunanya LANGSUNG! Pakai cantik-cantik, pakai lawa-lawa, pakai cun-cun, pakai selendang pakai syria pun, kalau tak rukuk & sujud padaNya, tak ada makna langsung. Tak ada SERI kat muka kita kan? Kan? Kan? Percaya kan? Semua kena percaya lah. Betul. Orang yang tak solat ni tak aman hidup dia. Ada je masalah. Bukan masalah berat-berat pun. HATI dia tu yang tak tenteram. Kalaupun hidup dia bahagia, kaya-raya, sanak-saudara keliling-kelalang, nak beli apa pun dapat, nak berlibur kemana hatta OVER the SEA pun dapat, tapi kalau tak solat, ada ketenangan ke? Mesti ada SATU hari, hati kita akan rasa GELISAH tak tertanggung. Duit banyak pun pasti rasa sentiasa tak cukup! Yang tak ada duit, lagilah! Kalau tak percaya, cubalah. Cubalah. Yang tak solat, dia tahu lah kannnn? Yang solat, dia tahu yang dia tidak MUNGKIN akan meninggalkan solat, sebab dia tahu hukuman dari Allah swt itu Maha Berat........ Terutamanya kaum HAWA. Make-up bagai artis. Pakai bulu mata palsu, pakai foundation tebal nak tutup jerawat batu, pakai maskara sampai naik lebam bijik mata, pakai eye-shadow warna-warni, pakai blusher kaler oren-oren, pakai apa lagi? Owh pakai lipstik then buat macam bibir Angelina Jolie. Huhu. Sudahlah muka tak boleh nak bernafas dengan baik, tambah pulak dengan dosa tak solat. Habis la. Tak ada seri langsung. Malap aje muka. Suram. Muram. Durja. Bermuram durja lah jawabnya sehari-hari.

Tapi, saya tahu. Saya tak berhak nak menegur sesiapa. Takut nanti, di salah-anggap pulak. Biarlah, memang sebagai muslim kita wajib menegur sesama muslim. Tapi, nak dengar ke mereka? Apapun, medium saya untuk semua orang. Maafkan kalau ada yang terasa. Meh-meh nak bagi satu doa. Doa Nabi Yunus untuk mengatasi segala kesulitan.. Saya berkongsi saja. Selebihnya, andalah yang boleh jadikan ia panduan..... ;)

La ila ha'illaa antasubha naka'inni kuntuminazzolimin....

InsyaAllah, Allah swt akan memakbulkan permintaan orang Islam mahupun diri kita sendiri jika sentiasa berdoa dengan kalimah ini. Dalam kesusahan, resah-gelisah, nak bersalin atau apa sekalipun, boleh di amalkan.... Jom solat! Dah Asar dah nie... ;)

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...