31 July 2010

Aihhhh~

Salam.

Aiiiihhhhh.........

Belum apa-apa dah mengeloh! huis. Apa lah kan? Tak baik. Tapi, kena jugak mengeluh ni. Cikit-cikit je. Menunjukkan ada sesuatu yang tersimpan kemas dalam hati ni. Susah nak zahirkan dengan kata-kata. Biarlah apa orang nak kata. Asalkan keluhan ni tak mengganggu-gugat keharmonian dan keamanan orang lain. Okeh. Puan Zat, cuba senyum dan bertenang.

Macam ni, minggu depan on 9th of August - Monday, saya ada papers! Ada 3 bahagian exam tu nanti. Bukan teruk pun exam ni, tapi saya tak boleh nak fokus macam saya jadi students dulu. Huhu. Ngada-ngada betul! Dah lama tinggalkan buku sampaikan saya jadi buta huruf. Hahaha. Bukanlah. Rasa macam malas nak study. Nak focus-focus macam dulu. Aish. Exam dah minggu depan, ingat senang ke pengetahuan am tentang Malaysia negara kita yang tercinta ni? Terasa macam satu beban yang berat kena pikul. STUDY. Bukak saja buku, baca SEHELAI, then zzzzzZZZzZZ... Memang bukan di sengajakan. Ianya terjadi dengan sendiri okeh. Tertidur dengan buku yang entah kemana hilangnya. Bangun-bangun tengok, buku duk bawah katil. Bila masa entah berjalan masuk bawah katil. Haiyya. Haha.

Ini serba-sedikit pasal exam tu nanti. Okey, esok saya JANJI, saya STUDY okey. Ini bukan omongan kosong! Ini adalah kebenaran. Haaaa~

- Seksyen A (Soalan Pengetahuan Am)
  • Kenegaraan
  • Isu-isu Semasa
  • Ekonomi
  • Sosio Budaya
  • Media
  • Hiburan
  • Sukan
- Seksyen B (Karangan)
  • Calon akan diberi 6 tajuk mengenai isu-isu semasa & dikehendaki menulis 2 karangan. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu dalam Bahasa Inggeris.
- Seksyen C (Terjemahan)
  • Calon diberi 2 petikan karangan yang mengandungi lebih kurang 100 patah perkataan. Satu dalam Bahasa Melayu dan satu dalam Bahasa Inggeris. Petikan Bahasa Melayu wajib diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan petikan Bahasa Inggeris wajib diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

P/S : yang pasti, petikan-petikan itu semua bukan calang-calang petikan tau. Doakan saya ye. Lulus atau gagal semua terserah kepada Yang Esa. Dia yang menentukan semua. Tapi, sebelum itu saya nak cakap, TAKUTNYEEE! Fuhhh~


@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...