Salam.
Lupa nak cerita kisah di klinik tadi. Kisah kena cucuk. Hari ni, pagi-pagi lagi terpacak depan Klinik Perdana, jam 8.15 pagi dah masuk klinik. Staff kat situ cakap yang doktor akan sampai pada jam 9.30 pagi, seperti kebiasaan. Alahai. Hurm, cuma saya je yang tak tahu. Bukan apa, kalau datang awal boleh selesai awal. Terpaksa pusing balik cari kedai makan. Lapar beb pepagi buta. Terus ke kedai makan bersebelahan Agro Bank Kota Bharu, alaaa, yang kat tepi bangunan KWSP tu. Makan roti canai telur sorang diri. Uhuks! Nasib baik habis licin sepinggan. Abah kerja kat Agro Bank tu lah. Mesej dia suruh turun teman makan tapi dia tak balas. Oh terpaksa makan perlahan sebab nak tunggu jam 9.30 pagi. Bosan lah. Bandar Kota Bharu masa tu masih belum berseri. Deretan kedai masih rapat berkunci. Tak banyak kedai pun yang bukak masa tu. Mata melilau kalau-kalau ada kedai yang dah bukak, kedai buku pun okay. Boleh beli buku. Huhu.
Tepat jam 9.10 pagi, saya sampai ke klinik. Bagi kad laporan mengandung 10 minit terus nama dipanggil. Ya Allah Ya Tuhanku. Berderau rasa. Macam mana ye lepas kena cucuk nanti. Pengsankah? Pitamkah? Semua bercampur-aduk. Maklumlah jenis yang tak suka tengok darah SEGAR! Haha. Masuk bilik doktor, terus doktor cakap nak ambil darah. Wah! Jantung masih kencang. Tapi, sekejap je. Duduk je depan doktor, terus hilang perasaan gementar. Terus beria-ia nak tengok darah kena ambil. Haha. Masa doktor cucuk kat lengan tu, huh! tak rasa apa-apa pun. Sakit pun tak. Padahal jarum agak besar. Agak banyak jugak sample darah yang doktor ambil. Nak kumpul darah macam tu, macam-macam zat besi/buah-buahan/sayur-sayuran yang saya kena makan untuk menghasilkan darah sebanyak itu. Haaa. Habis darahku diambil orang.. keranamu wahai anakku, aku tahan dan akan bertahan. Hehe. Next check-up nanti, dah tak ada kes berdarah mahupun urine test. Doktor just nak check perut sahaja. Harap-harap 4 minggu lagi boleh lah tahu jantina baby kecik ye. Doakan keselamatan saya dan bakal baby ni...
Contoh gambar.
(Credits to google images)