Hello ! Selamat pagi. Sihat tak kawan-kawan sekalian? Hehe. Hari ni dah Khamis ye? Eiiii.. I suke tau! Sebab esok dah nak balik kampung terchenta. Rehat panjang sementara tunggu bersalin. Tak nak ah bersalin kat Kuantan ni sebab nanti menyusahkan famili untuk ulang-alik kesini jaga bakal mummy ni. Kasihan pulak kan sebab Ma Abah kerja, keluarga mertua pun susah nak gerak mana-mana since Aboh (father in law) dah pencen ni. Hari ni jugak happy sebab Encik suami nak bawak pergi Klinik WY KO untuk pergi buat video baby dalam perut ni. Lagi saya suke sebab dapat tengok baby boy lagi sekali. Ouh. Mummy rendu okeh!
Hari ni jugak bangun pagi-pagi gorengkan mee untuk Encik suami bawak pergi office. Asalnya, nak gorengkan untuk dia saja. Lepas tu terfikir nak terus habiskan bahan basah dalam peti. Konon-konon nak buat mee mamak, tapi pedasss nya Allah saja yang tahu. Sebabnya pes kari tu terlebih taruk. Huhu. Sebab semua nak bagi clear peti dan dapur. Nanti senang tak payah cuci lagi. (malas) Hehe.
Pagi ni banyak mesej facebook yang saya terima. Semua nak resepi beef blackpepper tu ek? Kat dalam blog pun banyak jugak. Hehe. Okei-okei my sayang-sayang. Entri ni nak share lah dengan korang semua resepi tu. Saya sukakan Italian recipe. Basic resepi saja. Saya pakai main taruk je bahan-bahan. Resepi conteng-conteng masa diploma dulu hilang, nasib baik resepi masih segar dalam ingatan. Chewwah ! Kalau nak lebih sedap lagi, alter la part yang best-best. Baru lah mengancam. Makan pun kenyang! Okeh, jom kita berkongsiii cerita.......... ;)
1 - Blackpepper sauce (saya just bagi bahan untuk 1 portion then korang agak la sendiri untuk sedapkan sos)
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap cair + kicap pekat
- gula + garam + white pepper
- 4 ulas bawang putih - chopped
- 5 ulas bawang merah/besar - chopped
- air
- minyak/butter
- ground blackpepper - (ikut suka, kalau nak pedas, taruk banyak-banyak)
- 10 sudu besar brown sauce - (saya taruk banyak sebab sukakan rasa dia. Kalau takde brown sauce, boleh je nak masukkan chicken stock ke Cukup Rasa ke tapi jangan banyak. Ikut citarasa masing-masing)
Method :-
1- Tumis chopped onion/shallot dengan garlic sampai nampak brown/transparent.
2- Add in sos tiram, kicap cair/kicap pekat. Kacau rata. Moderate heat ye. Kang hangit pulak.
3- Add in brown sauce, kacau then add blackpepper crush tu.
4- Lastly, season with salt and pepper. With slow heat, biarkan dia gelegak sorang-sorang atas dapur tu. Kacau sekali-sekala. Bila tengok kuah sos dah agak gelap dan pekat, boleh tutup api. Masak !
2 - Italian-Style Marinade (1 portion of Beef (180gm) for tenderloin/sirloin/daging batang pinang)
- 1 sudu besar olive/sesame oil
- 1 sudu soy sauce.
- 2 sudu besar bawang putih+bawang merah - chopped.
- 3 ulas bawang putih - chopped.
- 1 sudu kecil paprika - untuk rasa pedas.
- English herbs - basil, oregano, thyme, rosemary, sage, marjoram, savory.
- blackpepper crush.
Combine all together then marinate daging then masukkan dalam peti ais selama 1 jam before roasting. Tapi saya just grill atas non-stick pan. Huhu. Lagi sedap sebab daging dia lembut bila jus dari daging keluar.
3 - Vegetables - Blanch broccoli, baby tomato, carrot, cauliflower, capsicum, kacang peas dalam air panas 2 minit. Untuk saute/goreng, add some herbs dalam tu macam thyme + basil + oregano, seasons veges dengan garam dan white pepper. Kacau sampai herbs rata then angkat. Jangan lama-lama nanti layu.
Selamat mencuba & happy cooking ! ;)