08 March 2011

jOm jOin heartbeat !

Salam.

Pagi ni tiba-tiba nak cerita pasal heartbeat. Korang pernah dengar tak pasal heartbeat ni? Heartbeat ala-ala macam Nuffnang jugak. Dia bayar kita kalau kita click link atau banner yang macam Nuffnang tu. Cara daftar pun sama juga. Pagi tadi merajinkan diri pergi selongkar blog members pastu tertarik pulak nak join heartbeat instead of Nuffnang ni. Mula-mula rasa macam tak percaya. Tapi, bila tengok balik. Ouh, Malaysia punya. Kira dah boleh percaya la kalau tengok dia orang punya terms and condition.

Seriously, saya daftar Nuffnang dah nak masuk 3 tahun, tapi SATU SEN pun Nuffnang tak bayar. Huh. Sedih okeh! Hari-hari pergi website Nuffang untuk check duit. Tapi, hampeh. Satu habuk pun tarak. Asyik-asyik RM 0.00 tiap hari. Masa tu ada jugak rasa nak remove, tapi pujuk hati untuk tunggu sebulan dua lagi. Tapi ni dah masuk tahun ke-3 tak masuk-masuk jugak duit. So, hari ini dengan rasminya, saya tutup akaun Nuffnang dan BUKA akaun heartbeat. Di heartbeat, kita boleh order banyak barang selain dari mengumpul amaun. Website heartbeat ada sediakan servis untuk print T-shirt, photomug, cushion, cosmetic mirror, mouse pad, keychain, car sign, plate, strap dan macam-macam lagi lah yang membolehkan kita untuk letak gambar-gambar kita. Itu semua kena order lah. Bila dah daftar nanti bolehlah buat ye.

So, siapa-siapa yang pernah ada Nuffnang tapi Nuffnang tak pernah bayar kat korang, jom lah join heartbeat. Mari sama-sama kita join benda alah ni. Nuffnang punya duit kan, ikut suka Nuffnang lah nak bayar ke tak. Haha. Tapi yang pasti, Nuffnang tak pernah bayar kat saya. Huhu. So, i decided nak tukar kepada heartbeat. Mana la tahu kot-kot masyukkkk kan? =D

Okeh. Macam ni ye caranya. Jangan pening-pening. Ikut arahan saya okeh. Haha. Macam cikgu pulak !



1 - Lepas masuk website tu, click kat sini (anak panah)


2 - Klik kat Create Account (anak panah). Daftar sampai siap then baru boleh log in. 

3 - Bila dah log-in, klik sini (anak panah). MY HB!Affiliate.

4 - Bila dah siap semua, baru klik sini (anak panah) untuk dapatkan kod then copy-paste untuk letakkan dalam blog kita. Letak lah banyak mana banner/link yang korang suka. Asalkan tak nampak macam semak-samun. Buat apa saja untuk promote banner tu. Kiri-kanan-atas-bawah-tepi semua boleh. 


5 - Lastly, kalau rasa nak daftar tu, klik banner ni untuk masuk ke website heartbeat. Senang je. Macam Nuffnang jugak. Heartbeat ni agak friendly user berbanding dengan Nuffnang tu. Itu ikut kiraan saya lah. Belum cuba belum tahu kan? Mana lah tahu kot-kot dapat duit sikit untuk menampung kehidupan. Chewwah! Hahaha... Jangan ketinggalan ! ;)


p/s : selamat berjaya semua !

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...