Salam.
16 April lepas sempat la celebrate my husband punya birthday walaupun tertunda 5 hari dari tarikh sebenar. Sarat mengandung pun sempat lagi saya sudahkan the whole cake seberat 1.5 kilogram. Buat sorang diri dengan perut memboyot, jalan pun terkedek-kedek sebab kedua-dua belah kaki SEMBAB tahap memang tak mahu surut. Haha. Memang memenatkan, siap saja kek sebijik, terus mak buyung terbungkang atas katil. Ouh. Buruk benar bunyinya. Tak adalah. Rehat lah sebab penat sangat. Pinggan mangkuk pun orang lain yang tolong basuhkan.
Kami pilih Oriental Restaurant di Sabrina Court sebagai port untuk celebrate his birthday. Kat situ memang sangat-sangat best sebab tak ramai customer. Makanan pun sedap-sedap dari New Horizon Garden. Ops! Sorry. Hehe. Tapi, memang betul. Tak tipu punya. Kalau nak try, pergilah. Then, please rate them... Haha.. So, antara pictures masa hari kejadian. Enjoy !