22 June 2011

Salam.

Lately memang sangat-sangat terasa kesibukan. Banyak masa yang terluang terbuang begitu sahaja walaupun sudah ada anak kecil di sisi. Haha. Kelakar tak hengat bila tengok si anak kecil buat muka manja ala-ala mau nanges tapi tak jadi, buat mulut macam tu macam ni. Gembira semacam je si ibu. Cuma, anak kecil itu masih belum reti senyum lagi.. 

Bila dah lama tak menulis di blog, rasa macam loser sangat. Eh, trafik blog dah turun eh? Orang-orangan yang singgah pun makin lama makin merosot ye? Semua persoalan yang memang ada jawapan pasti tapi, apa boleh buat? APA pun TAK boleh ! Muehehe. Bila dah ada anak kecil ni, timing set dah lari. Mula-mula lari-lari anak, lepas tu buat marathon, lepas tu apa ye? PENGSAN terus kot ! Tak sempat nk buat itu dan ini. 

Tempahan kek cawan untuk bulan ni still in progress. Hope I can do the best for those yang booked. Tak nak DAN tak mahu kecewakan pelanggan. Tapi, tahu-tahulah. Dalam pantang macam ni, bukan semua kerja boleh buat sesuka hati macam zaman anak dara dulu. Kalau zaman tu, boleh la buat 35 kerja dalam 1 masa. Sekarang, dengan kata-kata pun orang tak yakin yang kita boleh buat, tambah-tambah lagi kalau sudah kena LARANG dek emak, nenek, kakak-kakak dan adik-adik yang terlebih dulu makan garam. Kan? Biasalah. 

Dalam waktu pantang ni, macam-macam kena follow the rules. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, jangan makan itu, jangan telan ini, minum yang itu pun jangan. Semua undercontrolled. Saya tak boleh nak cilok sikittt pun! Sadis. Tapi, I must follow all the orders given. Kalau tak, BODY hancur tak sampai umur tua la jawabnya. Kurus sekarang bukan bermakna body akan kekal langsing seperti masa muda. Pasti situ-sana-sini jadi menggeleber kalau tak jaga. Urat saraf wanita yang bersalin ni bukan sama seperti urat saraf si anak dara jelita nan menawan okeh. Semuanya rosak teruk. Memang patut kena jaga. Makan lah apa sahaja jamu + herba untuk kembalikan kecantikan badan. Bukan tujuan promosi ye, sebab saya pun makan ubat cilok jugak. Haha. Cuma, dalam diri masih ada lagi sifat menurut ARAHAN daripada orang-orang tua. Kalau nak cantik, kalau mahu sihat, jangan makan in a big quantity. Benda tu akan menyebabkan kita menyesal satu hari nanti. Itu pasti.

Orite. Esok masih banyak kerja yang menanti. Selesaikan segala hal yang berkaitan dengan tempahan kek cawan. Semoga semuanya di berkati Allah swt. InsyaAllah. Kalau ada rezeki, pasti tidak kemana. Mohon pertolongan dari Allah itu memang PERLU.. Good night ! :)

To be brave is to cry, but still to fight on. And that's what you did, our hero, our son.....

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...