17 August 2011

Salam.

Sesi membeli-belah baju si anak sudah beres, baju si ibu sudah berada di penghujung pencarian namun sesi memilih baju si ayah belum selesai satu apa pun. Si ayah ni susah sikit nak keluarkan belanja untuk beli baju-kasut-seluar hatta selipar. Haha. Hari-hari dan kemana saja kami pergi, si ayah selesa berselipar jepun. Pangkat si ayah boleh tahan, kerja bergaji, baju-seluar nampak bergaya, tapi, selipar jepun hitam jugak yang menjadi pilihan. Itulah selipar yang dipakai walau kemana saja si ayah pergi, ke kedai, ke masjid, ke pejabat, ke bandar waima ke shopping complex. Agak-agak ada apa ye dengan selipar jepun hitam tu? Tapak selipar memang licin, nipis sangat. Dah hilang bentuk sebenar tapak selipar. Tapi, kalau hati sudah suka, buruk mana sekalipun, itu juga yang si ayah rembat. Okeh, harapan Ramadhan hari ni, nak pujuk si ayah beli selipar baru untuk buat raya nanti. Harap-harap si ayah makan pujuk. Alaa, semua orang nak barang baru untuk raya, cuma lambat atau cepat je yang menjadi alasan. Hehe. Okey, sudah dulu untuk siapkan lauk berbuka. Menu mudah untuk orang Pantai Timur seperti kami. BUDU tak boleh tinggal, tempoyak berlada pun sama. Itu menu wajib untuk lidah-lidah macam kami. Ouh. Sedapnya gulai lemak cicah budu, memang perghhhhhhhhhhhh terangkat! Salam NUZUL al-Quran.. 


Jom shopping raya !
=)

oh. baru ku tahu erti rindu :)

Salam. 1 Okt 2016. RINDU. Rindu sebab dah lama tak bersua. Sepanjang 2 tahun ni banyak benda berlaku dalam hidup. Ada suka. Ada duka. Tapi...