salam..
itu tajuk entri saya untuk kali ini..
saya mahu fokuskan kepada entri saya yang sebelum ini..
saya ingin senyum selalu..
tersenyum seperti hari-hari sebelum hati saya sakit..
saya ingin melupakan apa yang telah berlaku sekitar beberapa hari ini..
buat apa saya merintih?
untuk apa saya menangis?
mengapa hati saya harus rawan x tentu hala?
itu bukan saya..
saya x mahu meratapi nasib seperti 3 hari yang lepas..
bodohlah saya kalau saya terus begini..
saya mahu lari dari kepompong makhluk yang x bertamadun ini..
mereka masih lagi hanyut..
hanya itu yang mampu saya gambarkan..
meluat sangat pabila saya berkisah hal mereka..
seperti tiada motif dan tujuan..
saya betul-betul dan sangat-sangat menyampah..
apapun, biar Allah sahaja yang membalas segala perbuatan x bermoral mereka..
kerana yang pastinya saya tiada hak!
bukan mereka yang menentukan nasib buruk baik saya dalam dunia ini..
mereka bukan sesiapa bagi saya.. bukan SESIAPA!!
saya nekad, mulai saat ini dan ketika ini, saya tidak mahu di kaitkan dengan mereka lagi.. sedaya-upaya, saya akan tahan diri saya dari berbicara dengan mereka..
tidak di nafikan mereka memang baik dan sangat baik..
tetapi, mulut mereka melebihi segala-galanya..
hanya yang Maha Esa mengetahui..
biarlah saya simpan rahsia hati ini seorang diri..
saya sudah serik dengan manusia yang suka menikam dari belakang..
seperti biasa, saya akan bercerita tentang hal ini dengan mama saya..
kerana hanya dia seorang yang mampu memahami keadaan saya..
buat rakan-rakan blogger, terima kasih kerana terlalu prihatin..
saya sayang kalian semua..
semoga Allah melancarkan haluan hidup saya..
cuma saya pelik, kebelakangan ini, saya asyik di nasihatkan oleh orang-orang yang tidak saya kenali..
mereka selalu berkata " kamu kena hati-hati dan jaga diri baik-baik"...
risau hati saya pabila memikirkannya..
semoga tiada yang buruk berlaku..
=)
p/s ::
saya mahu melelapkan mata..
masih banyak kerja yang belum saya selesaikan..
sepanjang hari esok, saya sangat sibuk..
entri baru akan menyusul..