26 April 2009

ayyo~!

salam.

selamat tengahari semua..
hari ni tak ada exam paper, so kerja saya hanyalah tidur dan tidur. sebab semalam sampai ke pagi tadi saya mem'browse' servis fotografer berkaitan majlis yang bakal berlangsung akhir bulan Mei ni. fuh~ hajat di hati memang nak bangun lambat. saja-saja malas nak study. tahu-tahulah paper retailing, susah juga wei tapi saya buat tak tahu saja. haha.. kalau tak boleh jawab nanti, padan dengan muka saya.

tadi bangun pukul 10.25 pagi, saya call wan hairy, bertanyakan khabar dia. penat katanya sejak balik dari Temerloh semalam. biasalah kerja PENURAP jalan ni kan? hihi.. padan muka awak. lepas cakap-cakap 5 minit dengan dia, saya on kan lagu NUR KASIH by InTeam. dengar sekejap. dalam hati rasa ingin jadikan ia lagu blog. tapi tak tahu lagi, sebab lagu Thinking of You ni pun masih baru. tengah syok-syok dengar lagu tu, handphone saya senyap. aikk~! pasaipa weeiiii? lorh.. mama call rupanya. huhu..

tapi dalam hati, ALAMAK~!! mati aku.. suara serak ni. kalau mama tahu saya baru bangun, confirm kena bebel tahap dewa ah.. haaa.. kalut-kalut saya cari air nak minum, mana tahu boleh cover suara saya tu. huhu.. katanya kat office dia ada sampai surat temuduga untuk saya. dari SPA. waa... ini link dia.. PENERBIT RANCANGAN B27. camane nih? saya pun tak tahu zaman bila saya minta jadi Penerbit Rancangan ni. kalau dulu adalah, sebab tadi saya log in ke status pendaftaran, tak ada pun dalam list. yang terbaru pun tahun 2008 bulan 8. entah mana dia korek lorh.. yang menjadi masalahnya kepada saya, saya harus ke:

RADIO TELEVISYEN MALAYSIA PAHANG (RTM),

JABATAN PENYIARAN MALAYSIA
PETI SURAT 152
25710 KUANTAN
PAHANG.

mak aii. jauh tuh~! bukan apa, hari sebelumnya tu on the 10th of May, saya ada paper. my last paper is on that day. camane nak terbang ke Kuantan ni? alahaii... sudah tu, tiket flight saya 14 Mei, sempat ke? sempat ke nak melayang ke sana ni? sempat ke study ni? alahaiii... nak study apa ye kalau dalam hal ni? sudah sudah.. alamak tak lulus lah saya nanti. fuh~! entahla.

sebenarnya bidang ni bidang mama, dia yang tahu semua bab-bab rancangan ni. sebab mama merupakan Penerbit Rancangan di Radio Kelantan FM. saya cuma apply saja. gedik-gedik. huu.. bukan mahu sangat pun. kalau adapun, just teruja sebab saya anak kepada Juruhebah. penyampai radio yang tersohor di Kelantan. masalahnya sekarang, anak mama ni bukan dalam bidang ni. mati sat saya. apalah nak jawab masa exam nanti. apapun, saya akan buat yang terbaik. mana tahu kot-kot ada rezeki kan? hurm.. :) do pray for me friends..

ini dia sukatan peperiksaan. kena berlakon beb~!! mati lah saya nanti. saya ni kalau berlakon, mesti gelak-gelak lah. babak orang nak mati pun saya boleh gelak.. camana nih? aihhh~~~~

SUKATAN PEPERIKSAAN:

peperiksaan ini mengandungi 3 bahagian.

BAHAGIAN 1
seksyen A- aneka pilihan
seksyen B- karangan
seksyen C- terjemahan
seksyen D-penerbit rancangan

BAHAGIAN 2
seksyen A- suara
seksyen B- penyampaian

BAHAGIAN 3
penerbit rancangan radio
penerbit rancangan tv
penerbitan berita
penerbitan filem

haa... macam trigger je ni. mama, help me.. tak reti lah..
entah la. malas fikir lah. relaks je.
nak pegi makan pulak. tata!

tapi, kena berlakon... tanakkkkkk~!

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...