salam.
last entry before flying..
urm. saya memang tak sabar nak balik kampung, entah mengapa. beria-ia hati ni. sungguh. tak tipu pun~ hee..
banyak agenda yang menanti saya. harap-harap saya tak jatuh sakit nanti. ehe~
sukanya! mama asyik call saya.. "bila mau balikkk nii??" puas menanti.. haha ;)
sekadar mengimbas memori saya di Pahang FM tempoh hari....
saya sampai di Pahang FM lebih kurang jam 8.30 pagi. ada sedikit taklimat daripada staf bahagian SPA. menyuruh saya dan 30 calon lain untuk bersiap-sedia. nombor giliran saya ialah 27, ambil berkat untuk ke Penerbit Rancangan Gred B27.. tunggu punya tunggu, giliran saya sampai juga, tapi waktu tu sudah menjangkau ke pukul 12 tengahari. bosan juga menunggu. saya ajak teman saya (Kak Fiza, DJ Sambilan di Radio Kelantan FM) untuk berborak. dengan kak Fiza saya berborak siap bukak kedai mengumpat~ hah! amik ko zat.. haa ;)
berborak dengan Kak Fiza membuatkan saya serak dan pedih tekak. haha. sudah la semalam saya bercakap tak henti-henti sesudah paper Research Method. sampai Pahang, tak habis-habis saya menghabiskan air liur. sakit sungguh anak tekak~!! 3 gelas air mineral saya habiskan. alamatnya, 5 kali saya ke bilik air. mujurlah waktu itu nama saya belum naik. kalau tak, naya staf SPA mencari saya. entah-entah tak dapat ambil exam.. haha
dalam pukul 12 tengahari, nama saya dipanggil masuk ke dewan yang besar di mana saya dengan calon 25 dan 26 diarahkan untuk membuat dan mereka skrip masing-masing tanpa dibantu oleh mana-mana sumber! tercengang saya pabila dapat paper yang menuntut saya untuk mengendalikan sebuah rancangan televisyen terbitan RTM. hahaha~! masa tu, otak saya stuck! mana tidaknya, saya sampai Kuantan pukul 4.30 pagi, tidur 2 jam, terus bangun dan bersiap. tanpa makan pagi, saya terus ke Jabatan Penyiaran Pahang. di sana saya menunggu dan menanti sampailah ke pukul nama saya dipanggil masuk ke bilik KONTI. haha.. mana lah tak berdag dig dug perut saya? tapi, alhamdulillah. selama 15 minit perah otak sikit-sikit, akhirnya saya keluar dengan senyuman. tapi itu belum sudah tau. saya dan calon 25 serta 26 diarah berkumpul di hadapan bilik konti radio Pahang FM. duduklah saya di situ sambil-sambil menghafal teks A yang bakal saya baca nanti. ye lah! nama pun ujian suara. tepat jam 2.03 petang, saya di arah masuk ke konti. masa itu, tawakkal lah.. sorang-sorang beb~~
erm.. sesi perkenalkan diri. tergagap-gagap saya depan 3 orang panel penilai suara dari SPA tu.. huu.. then, masuk ke konti. panel angkat saja tangan, saya terus baca nombor kad pengenalan dan angka giliran dan seterusnya semua teks. selesai teks A, B pulak. haha.. macam best pulak baca teks B.. siap saya jemput panel jemputan si Shamsul Yusof lagi. bagi gempak la kan? anyway, it was great for the whole examination.. :)
rasa macam tak puas saja.. huu..
siap semua, terus saya keluar dari bilik konti. then, satu-satunya panel penilai lelaki tegur saya. ''kamu ni DJ radio swasta mana? bila kamu create skrip tadi?''
hahaha.. entah la.. saya harap semuanya okay-okay saja.. ;)
okay.
nak stop dulu bercerita.
kang sakit pulak anak tekak!
hoho.. jumpa lagi malam esok okay..
esok saya pulang ke Kelantan. YahOo~~!!
- I love you beyond paint, beyond melodies, beyond words. Hope you will always feel that, even when I am not around to tell you so -
@herneesa.hijabs coming near you sooner!
Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...
-
Salam. Pagi 18 Julai 2012 - Rabu, kami kru Radio Malaysia Kelantan FM ke Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa. Kami ditugaskan untuk ...
-
Salam. Hehe. Saja nak tayang gambar IBU mengandung . Jangan marah ye. Kalau tak suka, jangan tengok. heee.. Masa ni pose melekat kat dindin...
-
salam. hoh~! siapa pengantin yang sebenar nih? uhuhu~ sibuk aje gegirl nih. asyik muka dia aje atas mini pelamin tu.. =) sayang you dear...