07 September 2009

Majlis Pengagihan Bubur Lambuk~

Salam.

Sabtu lalu saya dan juga teman sekuliah seramai 20 orang ke Mydin Mall, USJ Subang Jaya yang jauhnya kira-kira 20 minit dari Seksyen 7, Shah Alam. Kami ke sana atas tuntutan kerja di mana kami akan memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada anak-anak yatim dan juga surau dan masjid berdekatan. Kalau nak cakap penat tu, memang penat sangatlah. Sangat-sangat penat. Mengacau bubur lambuk seakan mengacau dodol yang pekat melekit, terasa bahang api di sekeliling. Memang panas. Berpeluh-peluh badan. nasib tak masam aje.. haha. Sampaikan saya yang payah nak berpeluh ni, terasa seperti MANDI~ memang dahsyat!

4 jam mengacau dari mula menumis bawang hinggalah ke saat di mana beras dimasukkan. whoah~ Terasa semacam nak minum air pun ada. Dahaga yang amat. Itu pasal saya kurang bercakap. Risau kang ada je orang yang tadak suara nanti. Simpan sikit suara untuk berbuka petang kang. Hahaha~

Dalam penat-penat tu, ada je budak-budak lelaki yang mengelat! Siap minum air Coke lagi. DAHAGA kata dia orang. Macam-macam alasan sebab terlalu penat kan? Ohh~ Bagus betul la bakal-bakal suami mithali ni kan? Esok-esok macam manalah nak jaga anak bini kalau sekarang pun sudah buat perangai. Haha. kalau tengok muka dia orang, memang tak nampak muka segar pun. Konon-konon berlakon letih la tu kan? Huu.. Macam-macam la kamu. Hurm, nasib la geng perempuan tak ada yang ngelat macam geng lelaki tu, kalau tak, menyesal je kan puasa penat-penat..

Owh, iman saya masih kuat. Tak adalah sampai ke hasrat berbuka di tengah hari. Semua nasihat mama dan abah saya akan pegang sampai mati. Tak mahulah saya menyesal dengan apa yang mengelirukan saya. Puasa sajalah selagi termampu walaupun banyak yang datang menggugat keimanan.

8 jam di perkarangan Mydin Mall membuatkan saya dan teman happy walaupun cuaca panas terik. Dengan bantuan rakan dan promoter dari Maggi memudahkan kerja kami. Promoter Mydin pun turut serta memeriahkan majlis. Siap dapat berdampingan dengan Tauke Mydin lagi, Dato' Mydin Mohamad kalau tak silap nama beliau. Masih handsome dan bergaya tau.

Seusai semua kerja memasak, kami di beri penghargaan dari Dato' Mydin berupa baucer membeli di mana-mana Mydin sebanyak RM 50. Banyak la tu kan? Daripada tak dapat habuan langsung kan? huu~ dengan duit gaji campur dengan duit baucer tu membuatkan kami hilang penat. owh! gembira bukan kepalang. Happy je semua yang ada kan? hehe.. Boleh lah shopping di Mydin, beli air banyak-banyak pun okey ape? Buat beraya nanti lah..

Tak banyak gambar yang sempat saya snap. Macam mana nak snap banyak-banyak? Sibuk mengacau bubur aje kejenya.. huu.. enjoy!

with Fatin Farah Syazana, senyum plastik bak kata Chef Muluk. haha ;)

Hah! Inilah dia bubur lambuk sebanyak 20 periuk yang kami hasilkan itu hari. Banyak kan?
Penat giles mengacau sorang-sorang. Saya ni dah le kurus kering. Adohaii.. ;p

Haa.. ini dia Chef Muluk, rasanya Ex-Student Uitm jugak.
Kami ke sana atas permintaan dari beliau lah. Handsome kan Chef Muluk ni?

Inilah geng UiTM Malaysia yang turut serta dalam majlis tu, ada lagi 5 orang, tapi dia orang kena dera basuh periuk gajah tu.. huu.. Kasihan~

Sebelum balik itu hari, sempat lagi saya snap bangunan Mydin Mall ni.
Alah, buat kenangan kan?
Ini pertama kali saya ke sini walau sudah banyak kali lalu. haha ;)

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.