15 September 2009

Mood raya suda TIBA~

Salam.

Tak lama lagi semua umat Islam dunia akan beraya, tinggal beberapa hari je lagi, lebih kurang 4 hari je lagi. Wah! Tak SABAR haih. Sabar-sabar. Kalau sebut pasal raya ni, semua orang tak nak ketinggalan, begitu juga dengan saya. Macam-macam yang berlegar di kepala. Mahu itu dan mahu ini. Tapi semua itu, dengan DUIT baru dapat release kan? huu~ Sadis betullah dengan orang yang tak ada duit ni. Bukan fakir miskin yang saya maksudkan, tapi orang-orang yang ada duit yang tidak pernah simpan untuk kegunaan masa hadapan. Lebur macam ais kalau DUIT tu depan mata. Haaa... memang SADIS. Kalau fakir miskin tu, memang di maafkan la. Sebab kadang-kadang bukan mereka yang minta untuk duduk di kedudukan tak selamat tu. Hanya Allah yang berkuasa menentukan apa terjadi. Kan?

Cakap-cakap pasal raya ni, lately saya jarang bukak lagu raya on my own. Sekadar dengar-dengar dalam kereta masa tengah drive. Tak pun, masa members buka kat their lappy. Itu je lah. Kalau nak harapkan saya bukak, tunggu mood COMEL ni datang dulu la. Kalau ikutkan keadaan, memang dah meriah dah dengan lagu raya ni. Owh tak sabarnya nak balik kampung. Bestnya raya.

Semester ni merupakan semester terakhir saya sebagai student. Harap-harapnya tak adalah papers yang tersangkut tersekat terjerut kan. InsyaAllah. Memang kalau ikutkan jam kredit, tak banyak mana pun semester akhir ni. Kuliah pun 3 hari saja untuk seminggu. Tapi, akhir-akhir ni, terasa jugak bebanan kerjanya. Assignments yang diberi oleh lecturers awal semester belum pun nampak batang hidungnya. Itulah penangan kalau berkumpulan kan? Masing-masing nak nampak sempurna walau pada dasarnya, pemalas tak boleh tegur! Huu.. Erm, saya pun malas jugak, bak kata seseorang yang saya kenal dari kecil, "MALAS ni memang lumrah MELAYU, sampai ke liang lahad pun akan dibawa sekali". Iya la kan? Sudahtu memang itu perangai kita, memang sampai mati pun akan sebati dengan kita. Betul tak? Tapi saya tak adalah sampai tak tanya perkhabaran terus. Ada jugak saya selit-selit dalam paculan kata-kata saya. Saja nak bagi faham. Kalau tak faham, eh, memang tak ada DERIA rasa, kosong anggota badan lah kot. Haha. Eh, malaslah nak cakap pasal ni. Kang naik darah pulak kan? Baik diam, kalau nak tegur, perli-perli lah sikit. Nak buat macam-mana lagi, tegur dengan cara yang betul buat-buat tak reti, baik guna BAHASA nan INDAH kan? Baru nak faham kut. Huu.. Tapi itulah, manusia ni macam-macam, ada yang baik, ada yang nampak baik, ada yang hipokrit, ada yang berdrama setiap masa, ada yang tak pernah nak reti bahasa, ada yang buat-buat tak RETI bahasa pun ada. Macam-macam kan? Propaganda je tu semua. Hurm, yang pasti saya pun tak sempurna, saya pun ada buat salah jugak. Saya pun macam mereka semua, termasuk juga dalam golongan kebanyakan ni kan? Kira-kira masih dalam zon selamat la kan? Maksudnya, tak adalah nak terpesong sangat. Haha. Apa-apa je lah Cik Zat oii~

Owh tak nak merapu lagi, kang di salah anggap oleh mana-mana pihak. Biarlah kita begini, tak berubah dan tak tahu bila nak berubah kan? Kadang-kadang naik menyesal dan menyampah jugak joint venture dengan benda alah ni, tapi nak buat macam mana, dah selalu depan mata. Terima sajalah. Owh men, bilalah nak berakhir ini semua.. Owh owh owh..

Haa, untuk tarik mood dan emosi raya, saya hadiahkan Selamat Datang Sayang buat semua. Lagu favorite saya dari dulu hingga sekarang. Layan saja perasaan tu, kita kan nak raya lagi 4 hari ni. Sungguh tak sabar. Tak sabar mahu pulang ke Kelantan dan lagi lah gembira kalau orang-orang tersayang menunggu saya depan pintu rumah. Macam yang Mama, Abah dan adik-adik saya buat setiap kali saya pulang ke Kelantan. Tak pernah mereka tak buat, setiap kali saya sampai di hadapan rumah untuk setiap kepulangan saya, mereka akan berada di beranda rumah. Menunggu dengan senyuman walau pukul 3, 4 pagi. TERIMA KASIH sayang. Memang kamu semua cinta MATI saya sampai saya MATI. Sampai mati, saya hargai itu semua. Muah! Sayang tak terucap ya~

Okei, banyak pot-pet pula ye? Owh ini raya pertama saya sebagai tunangan orang. Rasa macam tak complete selagi tak kahwin ni. Huu~ Tapi kalau kahwin pun, susah juga, nak-nak kalau raya, mesti kena ikut si hubby kan? ayo~ Tak nak tinggal my Mama. Nak raya kat rumah saya jugak walau dah kahwin nanti. Raya pertama, rumah Mama, raya kedua, rumah Mama, raya ketiga, rumah Mama, Raya keempat, rumah Mama, raya kelapan baru rumah Mak. Heheeeee. Tapi jangan dok berangan lah! Lambat lagi woo kahwin ni. Tunggu saya betul-betul ada komitmen dulu ya.

Tapi raya kali ni pun, kena bersedia lah untuk ke rumah encik Wan Hairy, haruslah saya kesana ye. Tunjuk muka ler untuk keluarga kembangan dia. Tak kan lah saya nak raya seperti selalu kan? Alaaa, seperti zaman bujang-bujang dulu. Tiap kali raya, mesti dapat duit raya walaupun RM 1.. haha, macam budak pun ada. Eh lupa, saya kan masih berumur 16 tahun. SERIUS, setiap kali raya dan jumpa kawan-kawan Mama, mesti dia orang tanya FORM berapa sekolah? Haha, of course la FORM 4 kan? Hahaha. Itulah, kecik molek sangat kan? Kurus pun kurus. Macam tak cukup makan walau setiap minit saya mengunyah. Hadoi.. Bila la nak besar ni?

Hehe, okeilah. Enjoy the latest songs~ RAYA RAYA RAYA~ owh men.. hihi =p

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...