02 October 2009

Nak model ni? bole? =p

Salam.

Haah! Jangan tanya kenapa saya poskan entri ni. Tentu ada sebab kan?

Habis la kali ni~ sebabnya memang tak segan nak cakap, tapi segan nak cakap yang duit takde woo nak beli handset ni. Tapi hati dah berkenan. Macam mana nak buat ni? Macam mana nak kira ni? Saya ni, kalau sudah berkenan, macam-macam cara saya buat supaya benda yang saya mahu/nak/teringin ni jadi hak milik. haha~ Sabar-sabar. Eh, dah tak boleh sabar dah ni. Lama dah duk usha-usha model ni, tapi sayang nak trade in model Sony Ericsson K810i tu. Masuk 2 tahun lebih saya guna model tu, sayang sangat weh nak jual. SAYANG. Tahu tak maksud SAYANG? Memang sayang. Model tu mengingatkan saya kepada bekas buah hati saya. Dia yang berusaha untuk memenuhi impian hati saya. Usaha macam-macam lah. Tak payah la nak state dengan detail usaha beliau, kang ada yang terluka kang. Haha. Yang berlalu biarlah berlalu. Saya sudah ada new life, dan saya tak mahu ada di antara mereka yang terluka. Eh, kemana kita tadi? Pasal handset kan? Huhu. Jauh menyimpang nampak! :p

...

..

.

SAYA NAK BELI. Tunggu encik tunang cakap apa dulu okei. Kalau dia cakap dia setuju, bermakna, duit dia juga yang akan MELAYANG terbang ke angkasa. Huhu~

.

..

...

Tapi saya dah suka, apa boleh buat? Macam saya gilakan DSLR dulu la. Hari-hari saya buat entri pasal DSLR. Sampai semua orang naik boring. Eh, boring ke? Hehe~


Cute kan? Okei, esok mau ke KB Mall buat pemantauan. ahaha~

Selamat malam semua~
Semoga C 903 ni masuk mimpi. Cik mimpi, sila ketuk pintu dulu ye baru boleh masuk. Kasi yang indah-indah sikit :p

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...