Banyak lagi gambar-gambar yang mahu dipertontonkan. Untuk kali ini, cuma hanya 3 sahaja yang berjaya di edit. Pixels besar sangat la dear. Tak sempat nak kecilkan saiz. My lappy pula buat hal, terpaksalah pinjam lappy mama sementara lappy tu TIDO kejap. Lagi dua hari, saya baling dalam laut. Menyampah aiihh asyik rosak aje. Bukan saya paksa dia buat keje pun. Hoh~
Tentang banjir rumah saya, inilah kejadian dan mainan langit. Semuanya dari Allah swt kan? Dia lah yang menentukan segalanya. Rumah saya tinggi, jadi air banjir tak adalah masuk dalam rumah. Paling kurang pun, habis 10 anak tangga yang tenggelam. Saya dan famili kena pindah jugak walau air takat pinggang. Sebabnya, takkan kami nak mengharung air setiap hari? Mama dan Abah kerja Kota Bharu, rumah pula di Machang. Tak kasihan ke kalau kena redah banjir hari-hari? Lenjunlah mereka. Sampai kerja pula lewat. Itu sebab kami kena pindah.
Encik-encik pacat dan makcik-makcik LINTAH pulak berpesta la mereka. Habis digigitnya kaki tok ayah saya! Aih. Nasib baik saya tak kena gigit. Takut. Geli pun ada. Dia sedut darah tu. Darah saya dah la kurang, ini kan pula nak derma kat pacat dan lintah? Tak rela aihh~
Mujurlah 3 hari sebelum raya, langit di Machang panas. Tak seperti selalu. Selalunya, GELAP macam MALAM. Takut tengok langit. Hujan turun memang tak henti-henti. Nak jemur baju pun payah. Kalau basuh baju pagi ni, tulat baru kering! Tak ke naya macam tu? Huhu.
Tapi, tak boleh nak salahkan sesiapa. Dulu rumah ni tak banjir. Tak pernah banjir sekalipun. Tetapi, setelah siap PUSAT PEMULIHAN AKHLAK dekat rumah saya ni, tiap-tiap tahun banjir. Sebabnya, AIR dah tersekat! Dah tak boleh nak lalu kawasan tu lagi. Mereka dah ratakan tanah dan tinggikan kawasan. Jadi, NAK TAK NAK, rumah kami terpaksa terima akibat. Hoho~ Sangat geram dengan mereka lah! Rumah saya tanahnya sampai ke hujung hutan. Panjang. Tapi, panjang hanya tinggal panjang. Tanah sawah. Tahu-tahulah. Apa sangat boleh buat dengan tanah sawah kalau tak dipadatkan dengan pasir? Bukan berguna pun. Alih-alih, jadi tempat pengaliran air sungai yang entah dari mana datangnya. Akhirnya, BANJIR lah akibatnya....
Huhu. Luah perasaan lah sekejap sementara menunggu mata layu.
Adik lelaki saya terpaksa mengharung air banjir akibat kecuaian beliau sendiri.
TERTINGGAL slip peperiksaan SPM!!
Padan muka... Huhu~
Tengok tu, air paras pinggang.
Tapi, tak masuk rumah laa.. Takat itu saja airnya..
TERTINGGAL slip peperiksaan SPM!!
Padan muka... Huhu~
Tengok tu, air paras pinggang.
Tapi, tak masuk rumah laa.. Takat itu saja airnya..