30 November 2009

Adeh. adeh. adeh. (=

Salam.

Fuh. Penat. Yeah.

Sangat penat ke hulu ke hilir mengemas kotak-kotak minyak TYT kat ruang tamu tu. Banyak tau!! Bertingkat-tingkat. Sebentar tadi ada panggilan daripada kawan Mama, katanya mahu datang beraya ke rumah. Alamak!! Daku belum mandi lagi, baru saja sudah keringkan baju. Jemur pun tak lagi. Nampak saja van masuk ke halaman rumah, terus berlari masuk dalam rumah, mujur tak tersadung kaki di anak-anak tangga tu. Kalau tak, naya la saya hari ni. Rumah dah la tinggi macam bangunan pejabat. Aduhai penatnya. Badan ni dah la buchuk-buchuk. Al-maklumlah, nak mandi time hujan-hujan macam ni memang jauh panggang dari api. Huhu~ Bukan malas mandi okei.. Takut sejuk jee... ;)

Owh. Berbalik kepada cerita kemas rumah tadi. Fuyyoh! Macam PUYUH je. huhu. Penat okei masa proses kemas-mengemas tadi. Sampaikan adik lelaki saya yang macam cina tu turut sama mengemas. Kami angkat, kami angkut, kami sepak, kami terajang, kami tendang kotak-kotak minyak TYT tu letak ke tengah ruang kat tempat makan. Kalut macam apa entah tadi. Penat sungguh..

Tengah-tengah elok duk terajang KOTAK-kotak tu semua, makcik dan pakcik dan jugak anak-anak beliau yang ramai tu dah naik rumah, siap tengok lagi kami duk tendang-tendang kotak tuh. Alahaiiiiii~ Malunya muka. Dia orang intai kami melalui pintu sliding yang kat tengah tuh! Hahahaha..

Macam tak betul je tadi, boleh plak kami gelak-gelak? Memang la kena gelak. Rumah macam tong sampah aje. Bersepah-sepah! Ada anak dara, bukan boleh harap. Asyik duk blogger aje. Haha. Mama jangan marah, anak sulungmu sudah MALU dan tebal MUKA. Tak nak keluar bilik. Alasan saya, SAYA NAK MANDI... Dari pagi tak mandi-mandi lagi ni.. Haha~ Sakit! (kena gariskan sebab memang tak mandi pon!!) huhu....

Okei lah ye, mahu mandi dulu, kemas diri pula. Sudah penat angkut kotak tadi hokei. Moral of the story, jangan biarkan rumah bersepah-sepah macam sarang TIKUS! Kalau orang datang tiba-tiba, tak ke NAYA nak kemas SEMUA?

Itulah ceritanya. Okei mahu mandi dan nak wangi-wangi. Esok ke Tumpat. Teman universiti saya akan melangsungkan majlis pertunangan. Jom la kite~ JOM mandi....


Kenape mengintai? Malu la tu... Ada budak tak mandi wooo~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...