01 December 2009

tapi, duit tak ada.... (=

Salam.

Tajuk post atas tu MEMANG ada kena-mengena dengan entri ni okei. Baca dan faham elok-elok, lepas tu, buat lah RUMUSANnya. Tak susah, baca je lah yang tersurat, kamu pasti jumpa yang tersirat. huu~

Pagi dan tengahari ni tak boleh nak berblogging lama-lama. Bukan apa. Kena siapkan makanan untuk tengahari, sebab saya akan ke Kota Bharu, dah janji dengan teman untuk ke majlis pertunangan Fatin Farah Syazana & Mohd Nor Abdillah. Dah janji beb! Kena pergi la. Pergi saja lah. Bukan jauh pun. Kalau boleh saya nak bawa budak kecil rambut maggi tu. Teringin rasanya nak bawa dia jalan-jalan hari ni. Cakap saja suruh pakai BAJU KURUNG, mesti macam belangkas nak pergi.


Inilah pasangan yang akan ditunangkan tengahari nanti.
Satu orang Tumpat dan satu lagi orang Ampang.
Jauh bebenor ye~


 ILLy AmaLin

Ini pula, buah hati rambut maggi saya. Merangkap anak saya.
Eh eh eh, haha. Saya asuh dia sedari dia tak boleh bukak mata lagi tao!
ehe...

Banyak agenda pagi ni. Fuhhhh~ Erks! Tak sempat apa-apa dah mengeluh?

Harap-harapnya Bandar Kota Bharu tak sesak lah tengahari nanti. Nak ke rumah Fatin, saya kena lalu Jambatan Sultan Yahya Petra berhadapan dengan Tesco Kota Bharu tu. Haruslah NAYA. Sebab jambatan tu selalu sesak, dari 5 lanes nak dijadikan 1 lane atas jambatan. Berebut-rebut tau. Haih! Bilalah nak siap jambatan yang bawah tu kan? Hujan selalu pun susah jugak, ditambah dengan proses pembinaan yang LEMBAB lagi lah payah!! huhu~

Okei~ I got to go. Basuh baju, kemas rumah, sapu lantai, jemur baju, gosok baju, lipat baju, tanak nasi, gosok gigi. Erks, tetiba jek! Huhu. InsyaAllah nanti saya snap picture banyak-banyak okei.

Wah!

Nak CAS bateri kameraaaaa... Apa pasal boleh TERLUPA ni? Owh my PRADA! Eh silap... Owh My Sony Cybershot!!! hohoho...(^,^)

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.