02 December 2009

Jalan alternatif vs Jalan biasa

Salam.

Hajat di hati mahu cerita pasal majlis tunang teman saya tu semalam. Tapi serius, saya tak larat nak menghadap lappy. Penat seharian memandu pergi-balik dalam hujan. SERIUS penat. Dalam pada memandu, mata saya kena liar. Pandang sana pandang sini. Mana tahu ada 'sesuatu' yang bakal menghalang perjalanan kan? Saya memandu menyusuri jalan kampung. Jalan Kemubu, jalan BAWAH bak kata keluarga saya. Itu jalan alternatif kalau nak ke Kota Bharu. Saya, kalau ke Kota Bharu, memang akan melalui jalan itu. Sebabnya, senang dan cepat walaupun jauh 15 km berbanding jalan biasa. Kalau ikutkan masa, memang jalan BIASA cepat dari dari jalan bawah, tapi, jalan biasa PENUH dengan kereta, motor, bas, lori, lori kecil, pejalan kaki, teksi, prebet sapu, ambulans, truck dan macam-macam lagi lah. Memang penuh dan melimpah-ruah atas jalan biasa tu. So, saya lebih senang menggunakan jalan alternatif yang berakhir di lampu isyarat Tendong.

TAPI.... Haa, ada TAPI ye...

Kalau ikut jalan Kemubu tu, kena BETUL-BETUL berhati-hati dan cakna. Sebabnya, sepanjang jalan sampailah ke Tendong, jalan berlubang-lubang dan pecah sana-sini. TERUK rosaknya. Memang kena hati-hati dengan jalan bawah tu. Tak pasal-pasal rosak tayar dan rim. TERUK sangat ye, tambah-tambah hujan tak henti macam sekarang. Memang sakit kereta kalau tak hati-hati. Nasihat saya, jangan laju kalau guna jalan tu. Nanti, nangis la tengah memandu tu.

Wah, ini untuk bacaan orang-orang Kelantan saja. Sebab jalan ni jalan Kelantan. Hehe~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...