06 November 2009

Salam.

Tengah-tengah mengemaskini folders dan files dalam lappy kesayangan Encik Tunang saya ni, terjumpa la pulak gambar-gambar lama ni. Oleh itu, mengikut kerajinan saya sebelum saya off lappy ini, apakata saya share kan? Hehe. Ini gambar lama. Okeh, jom layan~

Gambar ini diambil ketika saya berada di Radio Malaysia Terengganu FM berbulan-bulan yang lepas. Jabatan Penyiaran Terengganu atas bukit kan? Jalan-jalan ke Kuala Terengganu then Mama nak singgah rehat dan solat di ofis lama dia dulu. So, seusai solat, saya tak rehat. Terus capai camera, paksa si lelaki handsome itu sebagai fotografer. Nasib baik mood dia okei. Kalau tak, payah jugak nak click 1 gambar ni.
(=


Ini pula masa makan-makan with my siblings di Noodle Station KB Mall. Bawak jalan-jalan si kecik Illy Amalin ni. Saja-saja makan angin dan habiskan duit Mama. Mama memang tak rela duit dia habis, tapi anak-anak kesayangan dia ni DEGIL. Nak tak nak, kena jugak bagi. Huhu~

Ini pula masa tengah tunggu Mama habis conty. Conty petang biasanya habis pukul 5.30, tunggu punya tunggu, apakata kita habiskan tenaga dengan click sana-sini kan? Tak rugi woo~ Huhu
=)


Agenda main tarik-tarik beg ni berlaku di Pantai Merang, Terengganu. Sesaje nak tarik beg orang sampai putus. Huhu~ Kalau nak tahu, dia ni peragut. Peragut hati wanita. Ala, boleh la ye..

Dan yang ini, ketika kami sengal dan terasa nak lompat tinggi. Hurm, yang baju putih itu adalah ADIK ke LIMA (5) saya tau. Bukan KAKAK okei. Huhu~ Tapi dia besar dari saya 5 kali ganda. Dia baru habis PMR ye... Erks, boleh ke gitu? Boleh laa.. Huhu... (=

ouch! Please =P

Assalam. 24 Oktober 2017 - Selasa So remember me, i will remember you.