31 January 2010

seronok!

Salam.

Woah! Ini hari kerja saya kat office Kolej PTPL Kota Bharu hanya duduk-duduk atas kerusi, goyang-goyang kaki sambil mulut ternganga MENGUAP tak kira waktu! Huh. Menguap sambil mengeluarkan airmata mengantuk. Memang dahsyat. Orang lain buat kerja kehulu-kehilir, ada yang makan pun sambil berjalan, saya pulak relaks, DUDUK dan tengok-tengok aje. Apa punya pensyarah lah! Maklumlah, pensyarah baru. Kerja pun tak ada lagi. Just tengok-tengok keadaan sekeliling lah. Seronok jugak duduk saja ni. Otak pun tak pusing, cuma bab mengantuk memang tak boleh nak cakap lah! Sampai duduk-bangun, bangun-duduk saya dalam office tu. Semua orang asyik gelak aje. Hoh. Malu weh!

Esok kerja pagi, tapi banyak pulak kerja yang harus diselesaikan. Tambah-tambah pasal Permohonan Permit Mengajar saya. Kalau tak ada permit tu, meaning that, tak BOLEH mengajar lah jawabnya. So, esok pagi saya harus selesaikan ini DAN ini......

= Borang Permohonan Permit Mengajar - 3 Salinan.
= 2 Keping gambar passport - Nak buat Lecturer's ID Card.
= Pengesahan Perubatan. Saya pilih Klinik Perdana, Kota Bharu.
= Salinan I/C&Sijil Akademik,disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A.
= Bank Draf ke Ketua Setiausaha Pengajian Tinggi RM 20.
= 2 Keping surat sokongan referi. Siapa nak jadi referi nih?
= Buka akaun Bank Muamalat.
= Daftar KWSP.

Banyak tu nak kena siapkan by this week before I get busy lah! Hajat di hati, esoklah mahu selesaikan semuanya. Harap-harap Pengetua bagi green light. Kalau sudah sibuk dengan kerja, tak ada masa saya nak keluar lagi. Keluar pun kena isi borang permission to be excused from college. Hehe. Saya takkan LARI haih! Jangan risau ye. Esok boleh keluar jalan-jalan sama. Ingat nak pergi cari tudung ala Ariani kat Kota Bharu. See ya! Esok kerja, kerja, kerja DAN tidooo.. huhu!
Kerja baik-baik tau Cik Zat~

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...