25 August 2010

Noodle Station punya kisah !

Salam.

Ahad lepas bertolak dari Machang sekitar jam 8.30 pagi dan tiba di Kuantan jam 1.30 tengahari. Kira-kira 5 jam perjalanan tanpa henti la tu. Tak makan tak minum, buang air kecik pun tak terasa lah. Sedap borak-borak dalam kereta, sedar-sedar dah sampai Kuantan. Husband bawak kereta perlahan jek. Dia bukan jenis yang suka racing. Nasib baik. Kalau tak, confirm terjerit-jerit saya dalam perjalanan. Okeh. Bukan nak cerita pasal kereta ke apa ke. Saya nak cerita hari saya membasuh dapur tu. Penat dan penat dan penat. Serius sangat penat. Habis satu dapur saya basuh. Mula-mula tu husband tolong lah jugak, sebab dia memang balik waktu rehat tengahari. Sedang asyik dia berguling-guling badan atas comforter, terus saya jerit mintak dia tolong saya. Haha. Sungguh dahsyat. Ye lah. Saya pun penat apa? Dapur rumah sewa baru ni banyak sangat kabinet. Kabinet lama pulak tu. Kalau ada kabinet, tahu-tahulah apa ada kat dalam kabinet tu. Rumah ni bukan ada orang sewa sebelum saya masuk. Sudah bertahun tak ada orang sewa. Kamilah pasangan yang telah membuat satu anjakan paradigma. Ececece... Gedik punya ayat. Ok. Serius. Betul. Tak tipu punya. Rumah ni BERHABUK. Banyak tahik cicak! Nasib baik perut saya tak meragam tak tentu pasal. Nasib tak termuntah dengan itu itu semua. Alhamdulillah. Kalau tak, dah terbatal puasa tau. Niat ikhlas nak bersihkan rumah terpesong kalau muntah. Habis nanti saya mengomel tak henti. Hehe. Husband tolong kejap saja sebab dia pun nak balik ke office. Saya teruskan misi suci murni sambil tahan isi perut janganlah terkeluar nanti. Then, SIAP! Terus berehat. Masa duk rehat-rehat tu, tiba-tiba teringat kat Noodle Station. Alahaiii.. Alangkah sedapnya kalau dapat berbuka dengan Mee Tomyam kat Noodle Station malam nanti. Terus mengidam tak henti. Siap inform husband. Fuh. Nasib baik dia setuju. yey! Dapat jugaklah makan Sup Tomyam yang pedas tu kat East Cost Mall, Kuantan. Berbaloi dengan saya yang panjat kabinet tengahari tadi. Nasib tak tergelincir dek lantai yang licin tu. Haha ;))

Malas cakap panjang lagi. Dah. Stop. Layan saja gambar ye.

Tomyam favorite saya ni dah jadi nombor 16 dari nombor 32 old book menu.
Tak akan tertukar punya sebab memang favorite kan?

Ini husband punya nasi. Ada ayam apa entah. Saya merasa sikit je. 
Sebab Tomyam saya lagi sodap! Hehe

Dapat kurma. Maniss. :)

Hidangan kami untuk iftar tempoh hari. Boleh la..
Balik malam tu, perut sakit tak tertahan dek terlalu pedas.
Haih. Pedih perut I. Seharian puasa, berbuka dengan makanan pedas. 
Habis lah rosak tali perut. Hoho

Okei. Ini dia husband saya. Dia suka sangat minum air saya tau.
yang dia punya, dia minum cepat-cepat kasi habis then lepas tu dia minum air saya pulak sampai HABISS jugak :((

Okei. Lain kali takmau bagi husband minum air saya dah. 
Nanti saya tak ada air nak minum. Huhu.

eh, comeback ke sis?

Assalam - 13/10/2017 , Jumaat. Kita datang jengah blog kita ni bukan nak buat comeback pun, sebab kita tahu entah bila kita akan jadi ra...