25 August 2010

iftar (:

Salam.

Petang tadi, saya dan husband ke sini, untuk berbuka puasa. M.S Garden Hotel Kuantan. Satu meja di booked dan kalau tak silap saya satu kepala RM 40.++ sahaja. Kami semua sekali 9 orang. Kira ok lah kan? Tak adalah mahal sangat. Lagipun buffet. Tahu-tahulah kalau buffet. Semuanya ada, dari makanan melayu sampaikan makanan barat. Sampaikan saya mengalah. Rasa sangat-sangat full. Dah tak boleh nak telan. Tapi, air banyak pulak saya minum. Especially air tebu. Padahal saya ni bukanlah penggemar air tebu. Apa-apa sajalah. Asalkan perut kenyang sudah.

Ini yang sempat saya rembat tadi. Banyak yang amat. Gila kuasa ke hape? Makan tak adalah habis pun. Haih. Membazir jek. Tapi, nasi habis lah. Daging kambing gulai je yang tak habis. Hamis la bau dia. Huhu.

Yang ini saya punya. Menterakedarah lah ni. Tak boleh nampak makanan sedap-sedap. Terus amik banyak, tapi semua habis ye. Yang tinggal daging kambing dan dalca saja. Sebab tak sedap sangat. Hehe. Sorry.

Ini pulak grilled chicken with mushroom sauce and roasted lamb with blackpepper sauce. Sedap jugak lah. Tapi, sebab dewan tu sejuk sangat, daging pun keras. Nak gigit pun susah dong!

Ini pulak husband punya! Dia amik semua lauk yang ada dalam insert tu. Habis semua insert dia terjah. Fuuhh. Nasib baik dia habiskan semua. Sudah tu, tersedu sampai lah kami balik rumah. Huhu. Tak cukup air punya pasal kan?

Okeh. It's time to bed. Sudah 12.27 tengahmalam. Mahu tidur. Esok geng abang lori perabot nak datang hantar barang. Bangun pagi kena kemas rumah dulu before ke KL petang nya... ;)
Selamat malam~ 

@herneesa.hijabs coming near you sooner!

Assalam. @herneesa.hijabs @herneesa.hijabs - Letak nama pun macam klise-kan. Ye lah biasalah. Lagu tu la kalau nak meniaga. Nak bertaarufan ...