Salam.
Oo Allah, I need you. Always.
Malam ni tak boleh nak lelapkan mata. Dari habis kerja pukul
12 tad sampai sekarang ni dah masuk pukul 3 pagi, mata tak menunjukkan sebarang tanda mengantuk. Menguap jauh sekali.
Termenung saja dari tadi. Dahtu, airmata ni laju la pulak nak mengalir. Aduhai.
Hati punya pasal. Semua benda tak boleh nak fokus dah. Uwa. Apa hal nih?
Dah masuk 2 minggu perasaan macam ni, macam tak tentu arah. Muka ceria aje, tapi HATI ni, Allah saja yang tahu betapa ralit bermain dengan perasaan. Dah, rasanya ini bukan bidang aku, aku dah tawar hati. Macam orang bercinta, kalau dah benci, memang takkan pandang walau sekali hatta kerlingan mata sekalipun. Hati dah robek. Amboi. Macam lagu Mas Idayu pulak. Robek hatiku. Kan?
Macam mana nak buat ye? Nak mintak pandangan siapa? Siapa yang nak dengar luahan hati ni? Ada jugak rasa nak berkongsi masalah, tapi, aku tengok semua orang sekeliling ada masalah. Tak mahu nak bebankan mereka. Biar kita pendam seorang diri. Okei je kot. Selagi terdaya aku pendamkan saja. Aku pun tak suka orang tahu masalah aku. Sebab itu aku punya, bukan kau punya. Haha. Kerek.
Ada orang yang ada masalah, tapi, tak nak cerita. Rasa macam tak nak kongsi dengan orang. Sebab itu masalah kita kan? Buat apa nak peningkan kepala orang. Lepastu, ketawa gila-gila. Buat macam tak ada masalah. Oh. Itu aku lah. Haha. Memang jadi macam tu lah. Ada lagi yang macam tu, aku tahu siapa. Tapi, biarlah rahsia.
Last word, aku tunggu sampai cukup 2 tahun aku kerja. Lepastu, aku nak blah. Boleh?
Boleh lah kannnn? Selamat malam. Jumpa lagi KALAU nyawa masih di badan.